EiF@



Masuk harini, hampir sebulan aku menjadi babysitter untuk anak buahku yang sangat comel, ajin dan mia. Seorang berumur 3tahun, seorang lagi 4 tahun. Aku akhirnya menerima tugas yang berat ini, memandangkan keadaan aku yang sedang menganggur, hanya duduk di rumah emak membuat kerja-kerja rumah dan menghabiskan beras..haha.. Kata orang, bukan mudah untuk menjaga budak-budak ni. Tambah-tambah lagi budak yang nak membesar. Ak masih lagi teringat, dulu aku selalu juga menolak untuk menjaga anak buah aku ni. Macam-macam alasan yang aku berikan pada abang dan kakak iparku.. bukan taknak, cuma aku takut dan tak yakin aku mampu untuk menjaga anak-anak mereka dengan sebaiknya. Tambahan lagi masa itu anak mereka masih kecil, belum pandai berjalan lagi. Aku rasa aku tak mampu nak sentiasa memerhatikan gerak geri mereka setiap masa. Macam mana nak masak lagi, dan buat kerja-kerja rumah yang lain. Itu belum lagi masuk nak mandikan baby, beri makan, tukar pampers dll.

Namun sekarang, aku mulai memahami tanggungjawab seorang ibu. Menjaga anak-anak dari kecil sampai dewasa. Memahami keperitan dan kepayahan seorang ibu yang tabah melayani karenah dan ragam anak-anaknya. Waktu kecil inilah, perhatian yang lebih diberikan, untuk memastikan anak-anak mendapat didikan dan contoh yang baik. Anak-anak, ibarat kain putih..kita yang mencorakkannya. Aku mulai sedar, tanggungjawab seorang pengasuh@babysitter juga amat penting, mengambil alih tugas ibu bapa yang terpaksa keluar untuk mencari rezeki demi memberikan kehidupan dan menjamin masa depan anak-anaknya. Jadi, aku perlu memastikan mereka dijaga dengan sebaiknya, seperti yang diamanahkan oleh ibu bapa mereka.

Tugasku bermula sejak pagi, sehingga malam. Memandangkan aku tinggal tetap di rumah ni, tak ada masalah untuk aku menjaga mereka sehingga lewat malam sekalipun (kalau belum tidur lagi la, hehe) namun sesekali hujung minggu aku pulang ke rumah, menolong ibuku pula di rumah. Bila bangun sahaja mereka ini dari tidur, perkara pertama yang mereka akan buat ialah mencariku dan meminta susu, kemudian aku akan mula menyiapkan sarapan untuk mereka. Tapi, kalau dah lewat sangat, aku masak lauk untuk tengah hari je. Kalau mereka meragam pagi-pagi ni, aku berikan susu dan "ON" TV, siaran kartun di Astro dulu, kemudian baru masak.. erm, bila dah ok aku meneruskan tugas dengan memandikan mereka (takut bocor plak pampers nanti), bagi mereka makan, mengangkat, menyidai dan melipat kain, kemas bilik dan kemas ruang tamu (banyak sangat mainan, so bersepah sikit la). Erm, kadang-kadang aku mengajar mereka membaca ABC, mengira, mewarna, mengenal bentuk dan warna, belajar mengenal benda, binatang dan sebagainya.

Ha, budak-budak ni suka sangat tengok kartun tau.Sampai aku ni pun dah hafal lagu-lagu kartun yang ada kat Astro tu (saluran 613). Dari Special Agent Oso, Dibo the Gift Dragon, Pocoyo, Mickey Mouse Clubhouse,Animal Mechanical, Handy Manny, WordWorld sehingga la ke Chaggitown. Tak kisahlah walaupun cerita itu diulang pun, mereka tetap tak jemu menonton sehingga ke tengah malam. Agak sukar la untuk aku, mahupun ibu bapa dorang ni nak menukar ke saluran lain. kadang-kadang kena pujuk atau tunggu bila mereka sibuk bermain di tempat selain dari depan TV tu..bila dapat peluang, laju je tangan menekan 'remote' tukar saluran lain..hehe.. Tapi bukan semua kartun tu tak bagus tau.. Semua kartun yang aku sebut kat atas tu, selain menghiburkan ada kisah dan tauladan..ada yang mengajar mengenal sesuatu benda, mengenai sikap kerjasama, tolong menolong, persahabatan, sikap tak putus asa, cara membuat sesuatu perkara dengan betul dan banyak lagi. Kadang-kadang aku sendiri pun turut belajar perkatan-perkatan baru(dalam BI) yang ada dalam kartun tu (selain dari hafal lagu2 kartun tu..hehe).


Erm, bila hari dah menginjak ke pukul 5, aku akan mengeluarkan lauk untuk makan malam, masak nasi. Kalau hari tak hujan, aku akan membawa anak-anak buahku yang comel ni ke taman permainan di bawah rumah. Kesian asyik terperuk je kat rumah..huhu.. Lepastu bawa mereka ke kedai berhampiran, beli aiskrim, biskut atau coklat untuk diorang ni..boleh la makan sambil bermain di taman (^_^). Kadang2 aku terasa aku ini seperti bibik, tatkala terpandang ramai budak2 yang bermain di taman itu dijaga oleh bibik2 dari seberang...huhu.. dan yang paling aku tak boleh lupa, sewaktu dalam perjalanan balik dari kedai, kami (aku dan anak2 buah) melalui kawasan kanak2 yang sedang bermain bola sepak. Bola yang disepak terkena di kakiku, aku hanya memandang mereka sahaja..takde la nak marah sebab budak2 kan.. lepas tu, seorang budak yang aku agak dalam lingkungan 10 tahun menghampiriku dan berkata "maaf ye makcik".. "wah, makcik??? huhu, mesti dia ingat mia dan ajin ni anak aku..huhu.. yang ni yang buat aku marah.." kataku dalam hati...sedih2..hampir ke pukul 7, balik rumah dan mandikan mereka. Lepas tu, tugas untuk memasak makan malam diserahkan kepada kakak iparku..sebab dia lebih "expert" berbanding aku yang amatur lagi ni..huhu..

Erm.sepanjang menjaga mereka ni, memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Biasalah, budak-budak kan, bergaduh sesama sendiri, menangis, berebut benda, nak benda itu, nak benda ini, semua kena aku kena layan dengan sabar..aku ni sebnarnya bukanlah seorang yang sangat penyabar, tapi bila menjaga mereka ni, ak dah mula belajar supaya sangat2 bersabar..nak marah pun tak guna, budak kecil lagi. Tapi, kadang2 kalau perlu aku akan tegur mereka..tegur cara yang sesuai, takla sampai memukul. Tapi yang penting maksud sampai, supaya mereka tau perbuatan itu tak baik@ tak betul.

Sampia bila aku akan menjadi babysitter ni? aku pun tak tahu bila..kena tggu sehingga aku dapat kerja tetap yang aku sedang menanti jawapannya.. Harap2 dapatlah kerja tu..insyaAllah.

Basic sebagai ibu? aku dah ada sikit2..hehe.. Ramai juga yang memberi komen "bagus, dah ada basic..senang bila dah ada anak nanti.." namun ade juga yang melawak "boleh aku hantar anak aku kat rumah kau..tolong jaga" haha..yang paling kelakar "ipah, jom kita bukak kids center same2.." sampai macam tu sekali.. (^_^)

Apapun, aku bersyukur dan berterima kasih kepada abang dan kakak iparku yang sudi memberiku peluang dan meletakkan kepercayaan kepadaku untuk menjaga anak mereka buat sementara waktu ni. Pengalaman adalah benda yang paling berharga (^_^)

0 Responses

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket