EiF@
Aku adalah sebatang pen. Aku dilahirkan di sebuah kilang pen yang terletak di tepi laut, di sebuah tempat di Pulau Pinang. Perjalanan hidupku bermula setelah aku dimasukkan ke dalam kotak, dan dibawa oleh sebuah van, kemudian dihantar ke sebuah kedai alat tulis yang terletak di Kuala Lumpur.

Aku dipamerkan di suatu ruangan yang dipenuhi dengan rakan-rakan yang sekaum denganku (pen juga). Seperti manusia juga, kaum kami mempunyai pelbagai bentuk badan, warna dan rupa yang menarik bagi menarik minat pengguna. Yang mempunyai rupa menarik, dan 'high class' dijual dengan harga yang lebih tinggi, dan pastinya hanya yang berkemampuan sahaja yang mampu untuk membelinya.. Sama juga seperti manusia, yang cantik, berstatus tinggi pasti akan 'jual mahal' dan 'memilih'... Namun, perbezaannya aku dan kaumku tidak meminta untuk dijual dengan harga sebegitu kerana itu semua bergantung kepada kos pembuatan untuk menghasilkan aku, sebatang pen. Ya, kerana aku hanyalah sebatang pen yang kaku dan hanya mampu melihat perkara sekeling yang berlaku di hadapanku...

Diriku tidaklah beruntung seperti rakan-rakanku yang lain..bentuk badanku yang lurus, bermuncung 8mm dan berdakwat biru hanya dilihat dan dibeli oleh para pelajar kerana hargaku yang jauh lebih murah.. Namun begitu, aku tidak merasa rendah diri, sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada, janji ada orang yang menjaga aku..

Aku akhirnya dibeli oleh seorang pelajar UiTM, seorang perempuan yang berkulit sawo matang, berwajah ayu dengan tudung litupnya.. Beliau merupakan seorang pelajar berjurusan Sains Komputer, tahun pertama. Sebagai persiapan bagi menduduki peperiksaan akhir minggu depan, beliau telah membeli aku..

Aku digunakan bagi menjawab soalan peperiksaan, yang kebanyakannya esei. Pantas sahaja aku dihayun dan mata penaku ligat menulis jawapan mengikut hayunan tuan ku. Aku merasa bangga kerana mampu berkhidmat untuk beliau, untuk sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya..Menuntut ilmu..

Sehinggalah suatu ketika, di masa beliau sedang menggunakan ku untuk menyiapkan 'assignment' yang diberi oleh lecturer, aku sudah tidak bermaya lagi..Dakwat di dalam badanku sudah kering, dan ini bermaksud aku perlu diganti dengan yang baru.. Tuan ku berasa sedih, bila mengenangkan ku yang banyak berjasa dengannya selama ini. Namun, lumrah dunia.. setiap yang hidup, pasti akan pergi.. Bila sudah tidak diperlukan lagi, dibuang.. Begitulah juga nasibku, aku akhirnya dibuang di dalam tong sampah di bilik beliua, yang kemudiannya diangkut oleh makcik cleaner ke tong sampah yang hitam yang lebih besar...

Begitulah kesudahannya, aku tidak mampu menangis, kerana aku hanyalah sebatang pen

Aku tidak mampu ketawa, kerana aku hanya sebatang pen

Aku juga tidak mampu berkata-kata, kerana aku hanya sebatang pen...


Sekian cerita tentang pen..pasni tukar benda lain plak..hehehe
2 Responses
  1. nexx Says:

    teringat karangan time2 skolah rendah dlu hehehe.. ko copy paste anak buah ko nyer erk?? :P


  2. EiF@ Says:

    haha..tau xpe.. tapi ini karangan buat sendiri tau..anak buah kecik lg kot, bru 4 &2 thn teror la kalo dh tau wat karangan (^_^) hehe


1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket