EiF@
I would like to share my unique journey...very tiring but interesting 4 me..

Why i say unique? bcoz within 4 days i hve been in 3 different state..dr KL, ke selatan...blk KL kemudian ke pantai timur..bukan semata2 utk bercuti, tp ke selatan utk bertemu si dia, ke utara utk melawat si dia...

siapa si dia?

23 Julai 2010. 10.25mlm

erm, selepas emak mghantarku ke stesen bas bkt jalil, ak terus menuju ke kaunter tiket utk membeli tiket bas ke JB..nsb baik ade, naik bas transnasional kol 11mlm...pada mulanya mak nak parking kereta, tggu sampai ak sebab takut tiket takde, maklum la..beli tiket on da spot ni..mlm2 plak 2, sorang2 lagi..ish3..mesti la risau, anak dara mak yg tersayang..huhu..ak paham mengenai kerisauan hati seorang ibu, namun ku cuba meyakinkan beliau yang aku akan sentiasa menjaga diriku sebaik mungkin..aku memg suka berdikari, salah 1 sifat org yg lahir di bulan april......aku bilang padanya supaya balik dahulu, seandainya takde tiket, aku akan balik naik lrt sampai ke bndar tsk selatan, dan ibuku boleh jmput di sana..memg sempat sbb memandangkan jalan nak masuk ke stesen bas ni sgt sesak dgn kereta dan bas yg parking di tepi jalan..

Tepat pukul 11mlm, bas bertolak ke JB.. perasaan excited + nervourse bercampur baur dlm hatiku..nervourse sbb inilah pertama kali ak ke JB, dan naik bas plak 2..huhu.. excited..kerna ingin bertemu dgn org yg tersayang di sana..yg kurindui.. sabar ye abg, ayang akan smpai lg 5 jam je..huhu

4.00pgi, Larkin Sentral, JB

aku tiba di stesen bas Larkin, JB.. stesen besar yg merupakan stesen terakhir.. aduh, sakitnye badan aku.. sepanjang perjalanan ak rase lenguh kaki, lenguh tgn..xtau la kenapa..rase mcm smpit n xselesa..huhu.. tdo pon asyik terjage je..disebabkan itu jugalah ak bantai tdo sampai pukul 11 tgh hari..

12tgh hari, 24 Julai 2010 (sabtu)

ak keluar bersama abg eamie ke Jusco Tebrau, kami rancang nak tgk wayang..pada mulanya nak tgok cite Predator, namun dsbbkan tmpt duduk dpn je yg ade, kami menukar plan..last2 beli tiket Socherer's Apprentice, yg dengar kabo mcm best...kol 2.10ptg, so ade masa la utk g makan and jalan2 dlu, perut pon lapar ni, xmkn lg dr mlm td..huhu

kami kemudian pergi bermain game di sebelah pggung wyg.. selepas mmbeli token, abg eamie memilih utk bermain game kereta, yg merupakan feveret dia.. agak lame juga dia memilih kereta yg sesuai, sbb kebnyakan kereta di situ rosak gear nye..erm..dahsat juge abg ak ni main game, laju btol die bwk kete, siap drift lg..wah3...time tu ak berasa yakin yg dia memg boleh bwk sport car, memg kesukaan dia la 2..ak memg tau dia memg suka drive sport car, tp ak mcm tkut gak la..bahaya kan..tapi, pas tgok dia bawak kete live ni, ak semakin yakin..ak pon mmg suke kelajuan ni, ikut ayah..tp ak lebih berani bawak moto, ketreta ni hampess sikit..huhu..mcm fobia plak lagi2 kalo manual..waaa..

kami pergi mkn pizza, erm..try pizza yg baru..tetibe je ak teringat perbualanku dgn emak mlm tadi, semasa dlm perjalanan ke JB, "mak tgh mkn pzza ni, makcik su ko kasi.." "wah, sdpnye..dhla tgh lapar ni, nape mkck su bg lmbt sgt?..huhu" ak membalas.."erm, mane la mak tahu, tetibe je makcik su ko bg 1 kotak pzza..nnti sok g la makan dgn abg tu.." ibuku menambah..."ok gak 2.." ak membalas.. hehe,akhirnya dpt gak ak mkn pzza ngan abg eamie..byk gile smpai nk meletup dh perut ni..huhu

lepas pusing2, jam sudah menunjukkan ke angka 2ptg.. jom msk pggung wyg, dh nak start dah ni...ak mengajak.. disebakan terlalu kenyang, tak dpat la ak nk mkn pop corn kesukaan ak time dlm pggung, huhu....

"hahahaha....hehe" sepanjang cerita 2, kami asyik gelak je..best cerita ni, tak rugi tgok, memg byk sense of humor la..ak memg suke cite yg lawak2 ni, abg eamie pon ak tgk suke gak..erm..terbaek la!!!

kami merancang utk pergi ke Danga Bay pd ptg 2, tp sebelum 2, kene g beli tiket blk kl dulu, mak abg eamie ajak dia ke sgapore utk melwat makcik dia, dan abg eamie pula ada kursus di sgapore esok pg.. memg plan yg x dijagka, ak plan nk stay smpai ahad, nmun dsbbkan keadaan xmengizinkan, kami trpksa akur..dia pun sdh gak, sbb mndapat pggilan utk ke kursus 2 mlm sabtu, semasa ak otw ke sana.. huk huk..

kami pergi ke Danga Bay, wah tak sangka aku dpt smpai ke sini..tmpatnya biasa, mcm kt penang plak bila nmpak ade feri..ak juga yg mnta pd abg eamie utk ke sini kerana slalu dgr name tmpat ni, lbh2 lg time jom heboh..hehe.. setelah itu, kami berjalan2 di mall berdekatan, minum air dan pekena otak2 JB..sedap gak..hehe..tapi xdpt nak mkn byk la, sbb kenyang td x surut lg..huhu..

kemudian, kami ke tmpt yg dnamakan "Extra"..abg eamie yg kata.. tmpt menjual brg2.. di situ ak membeli button crocs yg comel2, utk anak buah n adk2..hehe..sbnarnye xtau nk beli buah tgn pe utk dorg...) murah oo..2 yg borong 2..comel plak 2..

then, dia terus mghantar ak di stesen bas, rilex2 dlu tggu bas.. bas ak kol 9mlm, tp dia kene balik kol 8mlm.."takpela, ayg tggu di surau aje la..leh sembahyang jap b4 bertolak ni"..aku kate padanya setelah melihat wajahnye yg kerisauan menggalkan ku seorg di situ.. "xpe, ramai org ni..jgn risau.." ak menambah.. 

Tepat jam 9.15mlm, bas bertolak blk ke KL..menggalkan 1001 kenanganku bersama si dia... erm, terlalu cpt masa berlalu, sgkat betol pertemuan ini..namun ku redha, andai pnjg umur, ak pasti akan kembali ke sini..
EiF@



Masuk harini, hampir sebulan aku menjadi babysitter untuk anak buahku yang sangat comel, ajin dan mia. Seorang berumur 3tahun, seorang lagi 4 tahun. Aku akhirnya menerima tugas yang berat ini, memandangkan keadaan aku yang sedang menganggur, hanya duduk di rumah emak membuat kerja-kerja rumah dan menghabiskan beras..haha.. Kata orang, bukan mudah untuk menjaga budak-budak ni. Tambah-tambah lagi budak yang nak membesar. Ak masih lagi teringat, dulu aku selalu juga menolak untuk menjaga anak buah aku ni. Macam-macam alasan yang aku berikan pada abang dan kakak iparku.. bukan taknak, cuma aku takut dan tak yakin aku mampu untuk menjaga anak-anak mereka dengan sebaiknya. Tambahan lagi masa itu anak mereka masih kecil, belum pandai berjalan lagi. Aku rasa aku tak mampu nak sentiasa memerhatikan gerak geri mereka setiap masa. Macam mana nak masak lagi, dan buat kerja-kerja rumah yang lain. Itu belum lagi masuk nak mandikan baby, beri makan, tukar pampers dll.

Namun sekarang, aku mulai memahami tanggungjawab seorang ibu. Menjaga anak-anak dari kecil sampai dewasa. Memahami keperitan dan kepayahan seorang ibu yang tabah melayani karenah dan ragam anak-anaknya. Waktu kecil inilah, perhatian yang lebih diberikan, untuk memastikan anak-anak mendapat didikan dan contoh yang baik. Anak-anak, ibarat kain putih..kita yang mencorakkannya. Aku mulai sedar, tanggungjawab seorang pengasuh@babysitter juga amat penting, mengambil alih tugas ibu bapa yang terpaksa keluar untuk mencari rezeki demi memberikan kehidupan dan menjamin masa depan anak-anaknya. Jadi, aku perlu memastikan mereka dijaga dengan sebaiknya, seperti yang diamanahkan oleh ibu bapa mereka.

Tugasku bermula sejak pagi, sehingga malam. Memandangkan aku tinggal tetap di rumah ni, tak ada masalah untuk aku menjaga mereka sehingga lewat malam sekalipun (kalau belum tidur lagi la, hehe) namun sesekali hujung minggu aku pulang ke rumah, menolong ibuku pula di rumah. Bila bangun sahaja mereka ini dari tidur, perkara pertama yang mereka akan buat ialah mencariku dan meminta susu, kemudian aku akan mula menyiapkan sarapan untuk mereka. Tapi, kalau dah lewat sangat, aku masak lauk untuk tengah hari je. Kalau mereka meragam pagi-pagi ni, aku berikan susu dan "ON" TV, siaran kartun di Astro dulu, kemudian baru masak.. erm, bila dah ok aku meneruskan tugas dengan memandikan mereka (takut bocor plak pampers nanti), bagi mereka makan, mengangkat, menyidai dan melipat kain, kemas bilik dan kemas ruang tamu (banyak sangat mainan, so bersepah sikit la). Erm, kadang-kadang aku mengajar mereka membaca ABC, mengira, mewarna, mengenal bentuk dan warna, belajar mengenal benda, binatang dan sebagainya.

Ha, budak-budak ni suka sangat tengok kartun tau.Sampai aku ni pun dah hafal lagu-lagu kartun yang ada kat Astro tu (saluran 613). Dari Special Agent Oso, Dibo the Gift Dragon, Pocoyo, Mickey Mouse Clubhouse,Animal Mechanical, Handy Manny, WordWorld sehingga la ke Chaggitown. Tak kisahlah walaupun cerita itu diulang pun, mereka tetap tak jemu menonton sehingga ke tengah malam. Agak sukar la untuk aku, mahupun ibu bapa dorang ni nak menukar ke saluran lain. kadang-kadang kena pujuk atau tunggu bila mereka sibuk bermain di tempat selain dari depan TV tu..bila dapat peluang, laju je tangan menekan 'remote' tukar saluran lain..hehe.. Tapi bukan semua kartun tu tak bagus tau.. Semua kartun yang aku sebut kat atas tu, selain menghiburkan ada kisah dan tauladan..ada yang mengajar mengenal sesuatu benda, mengenai sikap kerjasama, tolong menolong, persahabatan, sikap tak putus asa, cara membuat sesuatu perkara dengan betul dan banyak lagi. Kadang-kadang aku sendiri pun turut belajar perkatan-perkatan baru(dalam BI) yang ada dalam kartun tu (selain dari hafal lagu2 kartun tu..hehe).


Erm, bila hari dah menginjak ke pukul 5, aku akan mengeluarkan lauk untuk makan malam, masak nasi. Kalau hari tak hujan, aku akan membawa anak-anak buahku yang comel ni ke taman permainan di bawah rumah. Kesian asyik terperuk je kat rumah..huhu.. Lepastu bawa mereka ke kedai berhampiran, beli aiskrim, biskut atau coklat untuk diorang ni..boleh la makan sambil bermain di taman (^_^). Kadang2 aku terasa aku ini seperti bibik, tatkala terpandang ramai budak2 yang bermain di taman itu dijaga oleh bibik2 dari seberang...huhu.. dan yang paling aku tak boleh lupa, sewaktu dalam perjalanan balik dari kedai, kami (aku dan anak2 buah) melalui kawasan kanak2 yang sedang bermain bola sepak. Bola yang disepak terkena di kakiku, aku hanya memandang mereka sahaja..takde la nak marah sebab budak2 kan.. lepas tu, seorang budak yang aku agak dalam lingkungan 10 tahun menghampiriku dan berkata "maaf ye makcik".. "wah, makcik??? huhu, mesti dia ingat mia dan ajin ni anak aku..huhu.. yang ni yang buat aku marah.." kataku dalam hati...sedih2..hampir ke pukul 7, balik rumah dan mandikan mereka. Lepas tu, tugas untuk memasak makan malam diserahkan kepada kakak iparku..sebab dia lebih "expert" berbanding aku yang amatur lagi ni..huhu..

Erm.sepanjang menjaga mereka ni, memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Biasalah, budak-budak kan, bergaduh sesama sendiri, menangis, berebut benda, nak benda itu, nak benda ini, semua kena aku kena layan dengan sabar..aku ni sebnarnya bukanlah seorang yang sangat penyabar, tapi bila menjaga mereka ni, ak dah mula belajar supaya sangat2 bersabar..nak marah pun tak guna, budak kecil lagi. Tapi, kadang2 kalau perlu aku akan tegur mereka..tegur cara yang sesuai, takla sampai memukul. Tapi yang penting maksud sampai, supaya mereka tau perbuatan itu tak baik@ tak betul.

Sampia bila aku akan menjadi babysitter ni? aku pun tak tahu bila..kena tggu sehingga aku dapat kerja tetap yang aku sedang menanti jawapannya.. Harap2 dapatlah kerja tu..insyaAllah.

Basic sebagai ibu? aku dah ada sikit2..hehe.. Ramai juga yang memberi komen "bagus, dah ada basic..senang bila dah ada anak nanti.." namun ade juga yang melawak "boleh aku hantar anak aku kat rumah kau..tolong jaga" haha..yang paling kelakar "ipah, jom kita bukak kids center same2.." sampai macam tu sekali.. (^_^)

Apapun, aku bersyukur dan berterima kasih kepada abang dan kakak iparku yang sudi memberiku peluang dan meletakkan kepercayaan kepadaku untuk menjaga anak mereka buat sementara waktu ni. Pengalaman adalah benda yang paling berharga (^_^)

EiF@

Erm..suke ak nk share ngan sape2 yg nak tau pasal lagu adamaya..yg ak rase sesuai ngan kehidupan ak sekarang..(agaknye la..) sebenarnye kisah cite ni lbh kurg mcm ak la..cume ak ni belum la kawen lg.. tp ala2 cinta 3 segi ni dh penah rase baru2 ni..gle la sakit (!_!)... (padan muke, sape soh cari pasal...) erm..papepun mehla hayati lirik lagu ni...

Lirik lagu drama Adamaya iaitu Yang Terindah
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket