EiF@
sumber: google

Bila dekat hujung tahun ni, ditambah pula dengan musim cuti sekolah.. maka penuhlah events, banyak yang ifa di tagged untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan2 masa belajar dulu...

Tak sangka, ramai juga rakan2 yang sudah bergelar suri rumah tangga & suami kepada suri... Memang penuh majlis, saban minggu pasti ada sahaja jemputan.. Kadang2 sampai 2-3 majlis dalam 1 hari..fuhhh! kenayang perut makan nasi minyak..hehehe.. (^_^)

Pasangan yg berkahwin pula, ada yang sama2 bercinta semasa sama2 belajar dulu...maka suami & isteri ifa kenal... Memang seronok, tak sangka namun bersyukur akhirnya cinta mereka bersatu ke jinjang pelamin... (^_^)..  yang akan datang ni, (mggu depan) kawan ifa akan kahwin atas bot,mengelilingi tasik shah alam... ifa sgt tertarik.. maklum la, perkahwinan hanya sekali dalam hidup.. harap2 ifa dapat datang tengok..rasa teruja plak =p
sumber: google

Namun, disebabkan jemputan semuanya jauh2; ada yang dari kedah, kelantan...  faktor masa, jarak & kewangan ..ada beberapa majlis rakan2 yang ifa tak dapat nak datang..sedih, namun ifa mendoakan yang terbaik buat kalian semua.. InsyaAllah, satu hari nanti pasti kita akan ketemu juga.. hopefully dapat tengok kawan2 bahagia dengan famili & anak2 yg cumelz (^_^)

sumber: google

Lepas ni, aktiviti luar kena kurang2kan, maklum la..dah ada tanggungjawab.. 

kepada si suami, jagalah permata hati anda yg satu itu.. jaga maruah & bimbing isteri ke jalan Nya...jadialah suami yg soleh & bertanggungjawab.. hargailah si dia yang menyayangi diri anda...

kepada si isteri pula, taat kepada suami..jaga maruahnya, jangan dicerita hal rumah tangga kepada orang luar.. selalulah menjaga hati & berhias untuk si suami (^_^)


kepada semua kawan2 yang baru berkahwin & yg akan berkahwin, ifa ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU"... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat & dikurniakan zuriat yg soleh & solehah..insyaAllah..

Terima kasih di atas semua jemputan.. (^_^) 
Terimalah kek khas dari ifa buat anda semua.. hehehehe

sumber: google

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket