EiF@
Korang semua pasti mengikuti perkembangan kes pembunuhan kejam Dato' Sosilawati dan 3 yang lain, yang menggemparkan seluruh dunia.. Pastinya semua orang pun marah dan geram dengan si pembunuh beliau yang seperti tidak berhati perut! Saya pun geram juga.. sebab tu la saya letak 'benda alah' ni.. tak payah nak cakap banyak2,  jomla kita sama2 tekan 'benda alah' ni!! 


'Benda alah' ni saya dapat dari blog ayeemayam (thanx ayeem)

ha, korang rasa geram lagi tak? huhu~ Kalau tak puas, tekan la lagi sampai korang puas hati, huhuhu..
9 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Siapakah awek cun di bawah ni??? Nak tau, jom baca...Zasssss!!



fieza 1


http://hafidzahhafidz.blogspot.com/
 
Salam sejahtera semua...
 
Hari ni semasa Eifa blogwalking eifa ternampak pula awek cun yang pakai baju merah ni ada di mana2..
Eifa pun klik la, nak tengok contest apa yang dia buat..ooo, pertandingan pakaian tradisional rupanya (^_^) yang dianjurkan oleh cik Hafidzah Hafidz
 
Disebabkan itu eifa pun tertarik untuk masuk pertandingan ni..bukannya nak eksyen tapi sebab dah memang syarat pertandingan dia kena pakai baju tradisional dan bergaya (cewah!)
 
Kebetulan eifa memang ada simpan 1 gambar masa raya dulu pakai baju kebaya, so boleh la join cuba nasib.. mana tau kot2 ayah cik hafidzahhafidz tu berkenan nak bagi menang..hehe
 
mcm perempuan melayu terakhir tak? hehe

Amacam? ok tak? hehe..

Oh ye, eifa nak tagged 2 orang

My luvly sis hyun miera
Mr teratakindah yg suka amik gambar..(^_^) p/s: boleh ajak Lady D skali join
Ms Mayra Hilton (sbb gambar profil dia pakai baju kurung..)
Ayeem Jemain (teringin nak tengok ayam pakai baju melayu..hehe)

ops! terlebey sudah...hehe.. Marilah join (^_^) sambil2 tu boleh juga promote pakaian traditional ni agar tak lapuk di zaman..bak kata Hang Tuah " Takkan melayu hilang di dunia"..*tetiba je* hihi

Tarikh tutup contest 27 September 2010..cepat sebelum nangis! (^_^)

10 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Mari2..sape nak hadiah free? Mehla join..klik je kat kete merah bawah ni


Nape? Tak percaya ke? Percayalah..
Eifa pun tak percaya pada mulanya, tapi dah cik Nadia ni dengan murah hatinya
 mahu memberi duit raya kepada kita semua..
seorang blogger yg bertuah akan dipilih memalui cabutan.. (so, fair & square la..)

Hadiah pe?? Secret katanya..mybe topup, duit tunai or barang...
or maybe kita leh pilih sendiri..(besh!!)
Sape yang taknak hadiah free ni, manalah tau rezeki korang leh dapat
Syarat2 penyertaan, senang je.. leh baca kat sana or baca kat bawah ni;

1. buat entry same mcm tajuk d atas > letak gamba kete merah d bwh
> link kan ke website cik nadia
2. letak gak gambar kete cute ni kat side bar korg (mcm yg sy buat ;p)
3. jd follower cik Nadia
4. Tagged 3 org..
5. Tggalkan nama & link en3 korg kat ruang komen en3 tuan rumah tu

so, mari ramai2 klik kat sini


ops, sebelum tu Eifa nak tagged 3 org yang terpilih

(my fren yg berbakat tulis novel)
(yg Eifa suke folow tutorial dia..hehe)
(namanya buat sy teringat zaman kanak2.. )

(p/s: sbnrnya nak tagged sume org, tapi mcm terlebey sudaaa..huhu~)
special thanx to my sis miera yg tagged eifa utk join contest ni (^_^)

3 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Keje..ooo keje..di mana kau ye keje??

(pic google)

    Agak2 keje pe la yang sesuai buat aku ni ye? Malu plak dengan coursemate yg blaja same2 dulu.. walaupun ramai yang extend, tapi sekarang mereka yg lebih berkerjaya daripada aku ni..erm..

Kebanyakan kwn2 coursemate dapat keje yg memang dlm bidang yg kami belajar dulu. Lepas tu, yang paling aku jeles, dorang siap sambung master lagi sekarang ni.. huhu~ memang jeles la.. ada kwn sorang tu, siap nak sambung phD lg..adehhh...

Aku ni bukannya jeles yg tak baik tau, jeles yang baik..hehe.. aku nak bersaing dengan kawan2 aku tu, sebab tu sekarang aku sedang berusaha..Yang paling penting, aku kena dapatkan keje tetap dulu, lepas tu apply nak sambung Master plak, insyaAllah.. 
 (pic Google gak ni..)
 
    Bukan aku tak pernah keje sebelum ni, lepas habis blaja dulu, aku adalah antara yang bertuah dapat keje sebelum convocation.. Tapi sayangnya, rezeki aku kat company tu tak lama, maka aku pun bertukar keje...

Alhamdulillah, dapat keje lagi bagus dari dulu, keje tetap, gaji pun ok..tapi malangnya, disebabkan hal2 yang tak dapat nak dieelakkan, aku berhenti juga..memang jodoh tak lama dengan company tu jugak..


(google lagi da...)
  
Isi borang sana, g interview sini, semua tak boleh.. Jadi sekarang ni aku masih lagi berusaha untuk dapatkan job yg ok, yg tetap..boleh la aku tolong family aku, beli aset, dan yg paling penting dapat sambung belajar. Dari dulu lagi nak sambung, cuma keadaan tak mengizinkan. Maklum la, nak sambung blaja kos tinggi kan.. aku ni anak ke 2, so ramai lagi adik2 kat bawah yang nak kena tanggung..erm..

Sekarang ni, sementara menunggu dapat keje tetap, aku buat keje part time dulu.. erm..lepasni ada 2 upcoming interview utk 2 jawatan tetap dalam government..Alhamdulillah, dapat juga pergi interview.. Harap2, lepas la interview ni. Korang semua tolong doakan eifa lulus ye, tq (^_^)
2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Yeah! Strike! hehe..


Mesti korg pelik kan, nape la cik eifa ni post entri pasal bowling ni..padahal bese je..hehe
Memg bese pon, cume utk aku ianya memg luar bese..sebabnye, memang dah lame ak tak dapat main bowling ni.Jadi, ni kira lepas gian la ni. Yang paling best, main masa hari raya ke - 2, time orang sume sibuk dok makan kuih raya lagi..tapi kami pergi beraya makan bola bowling, hehe


Lokasi: Pusat Bowling @ The Mines
Masa/Tarikh: 6.30ptg - 8.00 mlm (Raya ke 2,Sabtu)
Bil org : 10 org (4 gurlz, 6 guys)
Bola yg digunakan (perlu ke? hehe) : 9,10 & 13 lbs..
saiz kasut (??) : 5,6,7 & 8 (agaknye.. =p)
Game: 2 game je..
Pemenang: Set 1 : Jeff
          Set 2 : Eifa (aku la..wee~)


Penah dengar tak pepatah "the more, the merier" hehe (tak tau la betol ke tak ejaan tu) tapi memg betul la.. Main ramai2 memang best, ditambah pulak kalau main dengan adik beradik n kawan2 yg sporting habes.. Ei, tak tau la nak gambarkan mcm mne perasaan kami, memg best la..hahaha (entah pape entah yg aku mengarut nih..)


Sebenarnya, aku bukannya ape, cume bangga je sbb dapat kalahkan suma org n jadi champion! hehe.. Walaupun markah tak seberapa, tapi cukuplah utk mengalahkan pesaing terdekat aku, sape lagi kalau bukan kawan baru aku yg 2 orang tu, si Angah n Jeff..hehe.. Si Angah ni tak puas hati, jadi dia mntak nak lawan lagi sekali dengan aku sebab set yg pertama die menang 2 mata dari aku, tapi set ke 2 dia jauh kena tinggal dengan aku..haha!

The Heroes: Lan, Angah, Nizam, Jeff, Apis & Amie

Gurlz power! : Eifa, Eya, Nina & Nisa


Jgn pandang belakang! tapi degil, nak pandang gak! haha

BFF.. wee~

P/S: moral of the story: so, kepada sesiapa yang nak main bowling, bolehlah ajak saya...insyaAllah sy join (^_^) hehe (takde moral lgsung nih..)
6 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Oooo..balik kampung (3x) hati riang..
kedengaran lagu allahyarham Sudirman dr speaker radio Viva (mak punyer..hehe) tiap2 tahun pon dgr lagu ni, tapi tak penah bosan..nape ek? sebab setahun sebulan je dengar lagu ni..hehe.. (jawab sendiri plak aiii..)

Kebiasaannya orang  balik kampung 2-3 hari sebelum raya, seronok main bunga api, masak rendang, ketupat, lemang, sibuk kemas rumah dsbgainya.. Jumpa plak sepupu, sedara mara yg dah lama tak jumpa..tapi lain pula bagi keluarga aku ni..erm..dahla blk kg ptg sehari sebelum raya, malam raya plak kami tidur hotel...

Ape beza tidur kat Hotel dgn Rumah nenek kt kampung??

Hotel
  1. kena cari kalau tak tau lokasi..(wpun dh google pun boleh sesat tau..)
  2. tak boleh masak rendang/ketupat mahupun lemang (pendek kata, masak memasak ni la..)
  3. tak boleh main bunga api
  4. boleh buat sepah sesuka hati (hehe, sbb nanti dorang yang kemas)
  5. ada aircond ooo..(best2..hehe)
  6. kena keluar duit (bayar sewa..huhu)
  7. tak payah susah2 pasang langsir, pelita, lampu lip lap..
  8. tak payah hidang kuih raya..(hehe)
Rumah kg
  1. Cepat je sampai (sbb memang dh expert dh jalan ke kg)
  2. Nak masak rendang, ketupat? Semua boleh..dodol pon boleh!
  3. Bukan setakat bunga api, mercun, meriam buluh semua pon boleh!
  4. Kena jaga kebersihan & kekemasan rumah (kalau tak nanti malu oo orang dtg sepah2)
  5. Guna kipas lipas je..aircond semulajadi..memg sejuk.....
  6. Keluar duit raya je..(bg nenek..hehe)
  7. Boleh pasang pelita, lampu disco pon boleh je..
  8. Kene siapkan kuih raya dalam bekas kuih, rendang, ketupat..semua lah..
hahaha..

..korang jgn salah paham plak, bukanla keluarga kami ni kaya or demand, tapi sbb memang kami dah takde tempat nak tidur dah malam raya hari tu..Sejak nenek kami tinggal bersama2 beberapa tahun yang lepas.. So, disebabkan takde sape yang menjaga rumah beliau, maka perkhidmatan air & api pon dipotong la..dan yang paling sadis, rumah tu dah jadi macam rumah kambing & lembu plak sbb dh macam hutan belukar dah..huhu~

Bukannya tak boleh nak balik pagi raya, cuma tak rasa kemeriahan pagi Syawal kalau tak dapat Solat sunat Hari Raya di kampung.. Sebelum2 ni penah solat Hari Raya di KL dah, tp kureng meriah la..huhu~ dan kami juga pernah betolak awal2 pagi dr rumah dgn harapan dpt solat Hari Raya di kampung (sbb dekat je, kt N9), tapi sampai2 je, dh penuh la, dh habis la (sbb tggu adk2 pompuan yg suke make up ni..huhu) maka tahun ini abg ak pon mmbuat cdgn yg bernas lg bagus ni..Kita tidur Hotel kat kampung!! yey!! (suke plak..hehe) padahal sebenarnya sedih.. Yela, tak dapat rasa kemeriahan malam raya di kampung kan.. Terima jela seadanya.. Yg penting, rutin di pagi raya kami tak lari

pas solat hari raya, melantak, pastu tolong membasuh..(sbb plg byk mkn..kami la..hehe)

pastu ziarah kubur arwah atuk..(al-Fatihah)

maaf bermaafan (time ni la keluar sume dosa yang kita buat dulu..) tapi muka ada senyum..(^_^)

mengepaww duit raya dr abg, kakak & mak

dan yg penting posing sakan! sebelum pergi beraya rumah sedara mara (^_^)v weee~


jadi apa beza tidur di hotel dengan tidur di rumah nenek bg korang? ha, lu pk la sendiri ye.. hehe

Bagi aku, tidur kat mana tak penting... yang penting kita kekalkan tradisi raya kita..betul tak?  hihi (^_^)
4 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
 
 
copyright from AyeemAyam (thanx)
 
Assalamualaikum sahabat blogger sekalian,
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
----> Salam Aidilfitri buat semua..
 
  • Semoga selamat sampai ke destinasi
  • Berhati-hati di jalan raya (ingatlah org yg korg sayang)
  • Semoga bergumbira bagi duit raya..hehe
  • Last but not least, selamat menggumukkan diri! hehe
 
Terimalah lagu raya dari saya;
 
Suatu hari di Hari Raya,
Aku menangis tanda gembira,
Aku menangis kerana ku bangga,
Ada orang membaca lagu raya yang entah ape2.. hehe
 
Jgn mare aa..Selamat Hari Raya, maaf zahir batin (^_^)

4 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Erm, sedar tak sedar kita dah pun berada di penghujung Ramadhan..rasa macam cepat je masa berlalu.. Suasana? tak payah cakap la, kalau sesiapa yang suka shopping last2 minute ni, terutama sekali kat Jalan TAR @ Masjid India, pasti tau macam mana keadaan kat sana..jalan macam keretapi (KTM pun laju lagi), berbondong2 orang membeli persiapan raya..termasuklah aku sekali. Balik rumah sakit lutut, pening kepala dan penat gile!


Di penghujung Ramadhan ni juga lah ramai yang sibuk dengan majlis berbuka puasa di luar..jemputan, company dinner, dll. Tak ketinggalan juga ramai yang mengambil kesempatan ni untuk buat majlis 'gathering' dengan kawan2 lama (sekolah, U, ofis lama dsb)


Minggu lepas je, dah 2 kali aku gathering dengan kawan2..Jumaat lepas dengan coursemate, di sebuah restoran di Shah Alam..Hari Sabtu pula di The Mines, dengan kawan2 PALAPES (yg ada di KL).. Hari ni pun ada lagi, tapi dengan kawan2 baru plak (^_^)..Memang seronok, bila dapat jumpa sekali setahun ni..Berborak panjang sampai makan pun lupa, lepas tu balik lapar.. (huhu, aku la tu..sedey2..)


Tapi seronok dengar perkembangan terkini kawan2, ramai yang dah berjaya dalam karier masing2, ada kereta sendiri, ada rumah, dan tak lupa juga ada yang nak berumah tangga.. Yang paling membanggakan, ramai di antara mereka yang menyambung Master di IPTA.. rasa bangga, jeles pun ada.. (nak sambung gak, tapi kena tunggu masa yang sesuai, huk huk).. tapi yang paling jeles, bila ada kawan yg dengar2 nak sambung phD! wah!

Mana lagi seronok, bulan puasa ke Hari Raya? Kebanyakan orang suka Hari Raya dari puasa.. boleh makan banyak2, boleh shopping sakan, dan boleh dapat duit raya (eee..tak malu! hehe) walaupun realiti sebenar ramai juga orang yang tak puasa (ponteng!) sedih2..

Bagi aku, aku lagi suka bulan puasa..kenapa? sebab boleh berkumpul sama2 family dan makan bersama (sebulan tau!) 2X sehari plak tu.. (sahur dan berbuka), boleh g terawih sama2 dan yang paling penting dapat kumpul pahala banyak2 (^_^)..suasana pun meriah ditambah lagi dengan bazaar Ramadhan yang berlambak2, sampai rambang mata memilih 

Namun begitu, Hari Raya pun aku suka juga sebab dapat jumpa sanak saudara dan menyambut hari kemenangan bagi kita yang berpuasa ni, tapi apapun Ramadhan memang paling best! wee~

2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Aku adalah sebatang pen. Aku dilahirkan di sebuah kilang pen yang terletak di tepi laut, di sebuah tempat di Pulau Pinang. Perjalanan hidupku bermula setelah aku dimasukkan ke dalam kotak, dan dibawa oleh sebuah van, kemudian dihantar ke sebuah kedai alat tulis yang terletak di Kuala Lumpur.

Aku dipamerkan di suatu ruangan yang dipenuhi dengan rakan-rakan yang sekaum denganku (pen juga). Seperti manusia juga, kaum kami mempunyai pelbagai bentuk badan, warna dan rupa yang menarik bagi menarik minat pengguna. Yang mempunyai rupa menarik, dan 'high class' dijual dengan harga yang lebih tinggi, dan pastinya hanya yang berkemampuan sahaja yang mampu untuk membelinya.. Sama juga seperti manusia, yang cantik, berstatus tinggi pasti akan 'jual mahal' dan 'memilih'... Namun, perbezaannya aku dan kaumku tidak meminta untuk dijual dengan harga sebegitu kerana itu semua bergantung kepada kos pembuatan untuk menghasilkan aku, sebatang pen. Ya, kerana aku hanyalah sebatang pen yang kaku dan hanya mampu melihat perkara sekeling yang berlaku di hadapanku...

Diriku tidaklah beruntung seperti rakan-rakanku yang lain..bentuk badanku yang lurus, bermuncung 8mm dan berdakwat biru hanya dilihat dan dibeli oleh para pelajar kerana hargaku yang jauh lebih murah.. Namun begitu, aku tidak merasa rendah diri, sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada, janji ada orang yang menjaga aku..

Aku akhirnya dibeli oleh seorang pelajar UiTM, seorang perempuan yang berkulit sawo matang, berwajah ayu dengan tudung litupnya.. Beliau merupakan seorang pelajar berjurusan Sains Komputer, tahun pertama. Sebagai persiapan bagi menduduki peperiksaan akhir minggu depan, beliau telah membeli aku..

Aku digunakan bagi menjawab soalan peperiksaan, yang kebanyakannya esei. Pantas sahaja aku dihayun dan mata penaku ligat menulis jawapan mengikut hayunan tuan ku. Aku merasa bangga kerana mampu berkhidmat untuk beliau, untuk sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya..Menuntut ilmu..

Sehinggalah suatu ketika, di masa beliau sedang menggunakan ku untuk menyiapkan 'assignment' yang diberi oleh lecturer, aku sudah tidak bermaya lagi..Dakwat di dalam badanku sudah kering, dan ini bermaksud aku perlu diganti dengan yang baru.. Tuan ku berasa sedih, bila mengenangkan ku yang banyak berjasa dengannya selama ini. Namun, lumrah dunia.. setiap yang hidup, pasti akan pergi.. Bila sudah tidak diperlukan lagi, dibuang.. Begitulah juga nasibku, aku akhirnya dibuang di dalam tong sampah di bilik beliua, yang kemudiannya diangkut oleh makcik cleaner ke tong sampah yang hitam yang lebih besar...

Begitulah kesudahannya, aku tidak mampu menangis, kerana aku hanyalah sebatang pen

Aku tidak mampu ketawa, kerana aku hanya sebatang pen

Aku juga tidak mampu berkata-kata, kerana aku hanya sebatang pen...


Sekian cerita tentang pen..pasni tukar benda lain plak..hehehe
2 comments | edit post
Reactions: 

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket
There was an error in this gadget