Erm, macam klaka je tajuk, tapi bila baca banyak kali, tak la kelaka pun sebenarnya..biasa la tu kan..hihi
Tapi, ade perkara yang ingin ku kongsikan di sini. Memang bunyinya biasa, namun sangat bermakna buat diri ku.. kenapa agaknya ye aku berkata begitu?
Sejak berpindah ke rumahku yang sekarang ni (dah msuk 8thn dh), terus terang aku katakan yang aku memang tak punya kawan disini.. kawan2 rapatku (sek rendah dan menengah) semua di rumah lamaku, di gombak... aku masih ingat lagi, ketika itu aku mula masuk ke tgkatan 4, dan aku bertukar ke sek men teknik, yang terletak di gombak (hehe).. kawan2 sekolah kenayakannya tinggal di daerah gombak, dan ditempat2 lain.., maklum la sek asrama kan.. jadi, bila mahu keluar berjumpa rakan2, aku perlu plan dengan mereka dahulu, nk jumpa di mana..kemudian keluar sorang2 naik bas, pergi town.. time ni la aku belajar berdikari, memang buat2 berani la..huhu.... berbanding dulu, yg aku hanya perlu jalan kaki je pergi rumah diorang.. tak pun naik basikal ke,atau diorang datang rumah main baling selipar ke, main teng2, guli, lumba lari dll.. (seronoknye zaman kanak2..)
Tamat persekolahan, aku menyambung pula pelajaran di matrikulasi dan seterusnya universiti. Kawan2 yang aku kenal semuanya tinggal merata2, ada di Kelantan, JB, Kuantan, Shah Alam, Ipoh, Penang dll. Pendek kata, semua negeri ada la. Memang seronok, sebab kalo g bercuti mana2, ada kawan yg boleh tunukkan jalan... Tapi, teman untuk berborak2, or keluar di masa lapang macam mana? huhu..
Aku selalu jeles dengan adik2ku yang mempunyai kawan yang ramai di sini, datang rumah memanggil2 nama diorang. Maklum la, adk2ku ni memang sekolah berdekatan dengan rumah, jadi kawan depan rumah pun ramai.. Aku?? kawan dengan adik2ku jela.. Kalau diorang takde, aku bercerita dengan mak je..tak pun dengan kopi, teh or gmie.. (kucing2 aku..)huhu..
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat bila aku mula mengenali 2 orang kawan adikku baru2 ini. Walaupun tempoh perkenalan orang kata masih di peringkat tunas je, namun aku sungguh selesa berkawan dengan mereka... Perbezaan umur mereka juga tidaklah jauh dariku, malah ada yang sebaya denganku. Sesungguhnya,mereka telah membawa kegembiraan dalam hidupku... yang memang aku inginkan sepanjang 8thun ini, mempunyai kawan di sini..untuk berkongsi cerita, keluar bersama2..dll.. Memang seronok kan? Dan yang paling best, adikku juga boleh join bersama2 keluar dengan mereka, dan senang jugak untuk aku bercerita dengan adikku tentang mereka...yela..kawan dorang gak kan..hehe.......Mungkin bagi sesetengah orang, bila membaca kisahku ini mereka akan tertawa dan berfikir "apa la yang istemewa sgt...kwn je kot.." huhu..namun bagiku ia sangat bererti, umpama hajatku 8thn lepas telah termakbul...huk huk..
Apapun, kurahapkan agar persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan..kepada rakan2 baruku (Angah & Jep), walaupun hanya baru mengenali korang, korang memang best, sporting, slumber dan happening.. terbaek la!! Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya (^_^)
Lots of luv;