EiF@
ihsan: google

Hari ni genap la seminggu eifa mula kerja baru sebagai seorang Pegawai Khidmat Pelanggan @ Customer Service (CS) di bawah sebuah company..yg memang famous.. mcm famous amos gitu..hehe..gurau je..
  
Disebakan ini juga la eifa sekarang dah jarang online..penat plak balik training & study for the assessment...huhuhu..

Disebabkan eifa ni takde pengalaman sebagai customer service untuk Call Center..maka kena la pergi training dulu..2 bulan oo.. tapi, dalam training pun still ada test @ assessment yg perlu dilalui.. teori & praktikal.. rasa macam kat U plak, tak sngka kena lalui semua tu..tapi untuk memastikan kami semua faham dan berpotensi untuk buat keje tu, so mestilah ada semua ni kan..bak kata orang, menambahkan lagi keceriaan masa belajar..haha~

ihsan: google

Ha, selalu bila kita call CS utk tanya or solve kita punya problem, kita dengar CS tu cakap lancar je.. then, kadang2 bila kita bengang, kita marah2 kat orang tu..cakap produk tak bagus la, line problem la, macam2 lagi la.. itu nasib la dalam telefon, kalau face 2 face mcm kat pasaraya, bank dll tu lagi la teruk...huhu~

Bila dah masuk training ni baru la eifa faham bahawa keje ini juga sgt mencabar.. kena tau adab, friendly, guna bahasa yang proffessional,  berilmu, effisyen & yg paling penting KESABARAN.. yela, macam yg eifa cakap tadi, customer kan suka lepaskan geram dan perasaan kepada customer service ni..

ihsan: google

Trainer eifa bagitau, sebenarnya kita kena paham yg customer tu sebenarnya bukan marah kat kita, tapi dorang rasa kecewa dengan produk/servis yg diberikan.. Sebagai seorang CS yang professional, kita kena sabar dan memahami perasaan pelanggan tu (show empathy) dan caba selesaikan isu itu dengan berhemah & sebaik mungkin... Customer is always right kan? huuu

CS pun manusia biasa..biasalah bila asyik kena marah dengan customer, rasa tension yang teramat..bila asyik simpan je, tu yang ada juga kes CS yg meninggikan suara kepada customer, gaduh dsb.. hurm..

Trainer eifa suggest, untuk elakkan kami semua dari tensyen yg teramat sgt, selepas keje pergi la lepak dengan kwn2, lepaskan semua tekanan..jangan simpan2.. tapi sebagai seorang Muslim, kita ada kelebihan..
"Ingatlah dengan mengingati Tuhan, Jiwa akan menjadi Tenang..." Solat + Doa... insyaAllah

Sekarang, eifa kena bersedia dari segi mental dan fizikal.. kena kuatkan diri hadapi semua cabaran. Hopefully eifa dan kawan2 dapat menjadi CS yg professional, insyaAllah..
0 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
"Diri rasa disayangi? Apakah ini cinta? Salahkah kita untuk bercinta? Adakah cinta kita ini akan berakhir dengan sebuah perkahwinan?"
Persoalan2 yang sering timbul di dalam hati seorang insan biasa....ingin eifa kongsikan sedikit Hadis & Falsafah yang eifa dapat dari sebuah majalah wanita Malaysia;

'Setiap manusia diciptakan Allah berpasang-pasangan. Dan sudah tentu perkahwinan itu diharapkan dapat mengembangkan zuriat kerana itulah matlamat yang sebenar..'

Firman Allah yang bermaksud:

''Wahai sekalian manusia. Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kami (bermula) daripada diri yang satu (Adam) dan menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa) serta diekmbangkan daripada kedua-duanya (zuriat keturunan) lelaki dan perempuan yang ramai. Bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu minta dengan menyebut-nyebut nama-Nya dan peliharalah hubungan silaturrahim kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu'' - surah An-Nisa':1


Menurut Ma'qal bin Yasar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

''Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan melahirkan anak yang ramai. Sesungguhnya aku berbangga memiliki umat yang ramai'' - Hadis riwayat Abu Daud
2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Kadang2 kita tak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup.......
Bila bersendirian, bermacam2 benda bermain di fikiran.......tentang diri sendiri, tentang kerjaya, tentang hidup..tidak terkecuali kenangan lampau yang menyentuh hati......
Rasa sedih, gembira silih berganti.. Tiba2 kita rasa bosan dalam hidup, "apa aku nak jadi?'' "apa yang aku nak dalam hidup?"..satu persatu soalan muncul, yang kita sendiri tidak tahu akan jawapannya... ...
"Arrghh! Peningnya kepalaku! Serabut betul la.." jeritku di dalam hati sambil tanganku menarik2 rambut.. "ini kalau tengok kat cermin, mesti dah macam orang gila dah ni.." fikirku di dalam kekusutan  (sempat lagi fikir pasal imej dalam situasi begini..) ..

..
0 comments | edit post
Reactions: 

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket
There was an error in this gadget