EiF@
google

Dalam sungai ada buaya

jangan lupa darat pun ada

Kalau anda ingin berjaya

Taatlah kepada ibu dan bapa

google


Buah cempedak diluar pagar

masak sebiji di atas peti

Adat resam sebagai pelajar

Setiap semester mesti diuji

google


Mak Limah pergi ke pasar

Pergi membeli daging dan kailan

Jangan suka bercakap kasar

dibenci semua rakan dan taulan



google
Jangan Mandi sungai yang keruh

Bahayanya sudahlah pasti

Apa guna termenung jauh

Eloklah pergi menghibur hati





Budak budak makan cempedak

pakai pelita sumbunya malap

berkasih melarang tidak

tetapi jangan sampai tersilap


google


Nenek suka buah berangan

Dimakan bersama puttu mayam

Berhati-hati memilih pasangan

musang dah banyak berbulu ayam
0 comments | edit post
Reactions: 
EiF@


Test Test..

sumber: google

Bila cakap pasal test, semua orang jadi takut..makkkkkk toolongggg!!! bergetar lutut, jadi tensen..bila dah tensen, makan banyak, sebab otak dah serabut..huhu

makan banyak2..hohoho..
sumber: google

Kenapa tiba-tiba je cakap pasal test ni? Padahal eifa bukan student lagi..tapi sebab eifa sekarang 'under training' kat tempat kerja baru ni. Sepanjang 2 bulan 'training' kami diberi pelbagai test untuk uji kefahaman kami.. Maklumlah, dalam training pun kami dibayar, (gaji) sebab tu dia nak uji sejauh mana kita fokus dan berminat dalam kerja ni..

Ujian bertulis dah lepas 3.. Minggu depan ada pulak "Mock Call" (Call tipu2).. sebagai persediaan untuk jawab call yg betul, maka kami perlu diuji dulu sejauh mana kami mampu untuk menjawab dan mengawal situasi pelanggan.. Bergetar lutut, dada, tangan..semua2 la  (dah macam Parkinson plak..huhu).. Harap2 kami semua dapat buat yang terbaik.. insyaAllah..
sumber: google

 
p/s: sorry dah lama tak update blog ni, penat training..tapi eifa akan cuba update bila free & ada idea..hehe =p
0 comments | edit post
Reactions: 

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket
There was an error in this gadget