EiF@
sumber: google

Bila dekat hujung tahun ni, ditambah pula dengan musim cuti sekolah.. maka penuhlah events, banyak yang ifa di tagged untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan2 masa belajar dulu...

Tak sangka, ramai juga rakan2 yang sudah bergelar suri rumah tangga & suami kepada suri... Memang penuh majlis, saban minggu pasti ada sahaja jemputan.. Kadang2 sampai 2-3 majlis dalam 1 hari..fuhhh! kenayang perut makan nasi minyak..hehehe.. (^_^)

Pasangan yg berkahwin pula, ada yang sama2 bercinta semasa sama2 belajar dulu...maka suami & isteri ifa kenal... Memang seronok, tak sangka namun bersyukur akhirnya cinta mereka bersatu ke jinjang pelamin... (^_^)..  yang akan datang ni, (mggu depan) kawan ifa akan kahwin atas bot,mengelilingi tasik shah alam... ifa sgt tertarik.. maklum la, perkahwinan hanya sekali dalam hidup.. harap2 ifa dapat datang tengok..rasa teruja plak =p
sumber: google

Namun, disebabkan jemputan semuanya jauh2; ada yang dari kedah, kelantan...  faktor masa, jarak & kewangan ..ada beberapa majlis rakan2 yang ifa tak dapat nak datang..sedih, namun ifa mendoakan yang terbaik buat kalian semua.. InsyaAllah, satu hari nanti pasti kita akan ketemu juga.. hopefully dapat tengok kawan2 bahagia dengan famili & anak2 yg cumelz (^_^)

sumber: google

Lepas ni, aktiviti luar kena kurang2kan, maklum la..dah ada tanggungjawab.. 

kepada si suami, jagalah permata hati anda yg satu itu.. jaga maruah & bimbing isteri ke jalan Nya...jadialah suami yg soleh & bertanggungjawab.. hargailah si dia yang menyayangi diri anda...

kepada si isteri pula, taat kepada suami..jaga maruahnya, jangan dicerita hal rumah tangga kepada orang luar.. selalulah menjaga hati & berhias untuk si suami (^_^)


kepada semua kawan2 yang baru berkahwin & yg akan berkahwin, ifa ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU"... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat & dikurniakan zuriat yg soleh & solehah..insyaAllah..

Terima kasih di atas semua jemputan.. (^_^) 
Terimalah kek khas dari ifa buat anda semua.. hehehehe

sumber: google
0 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
ihsan: google

Hari ni genap la seminggu eifa mula kerja baru sebagai seorang Pegawai Khidmat Pelanggan @ Customer Service (CS) di bawah sebuah company..yg memang famous.. mcm famous amos gitu..hehe..gurau je..
  
Disebakan ini juga la eifa sekarang dah jarang online..penat plak balik training & study for the assessment...huhuhu..

Disebabkan eifa ni takde pengalaman sebagai customer service untuk Call Center..maka kena la pergi training dulu..2 bulan oo.. tapi, dalam training pun still ada test @ assessment yg perlu dilalui.. teori & praktikal.. rasa macam kat U plak, tak sngka kena lalui semua tu..tapi untuk memastikan kami semua faham dan berpotensi untuk buat keje tu, so mestilah ada semua ni kan..bak kata orang, menambahkan lagi keceriaan masa belajar..haha~

ihsan: google

Ha, selalu bila kita call CS utk tanya or solve kita punya problem, kita dengar CS tu cakap lancar je.. then, kadang2 bila kita bengang, kita marah2 kat orang tu..cakap produk tak bagus la, line problem la, macam2 lagi la.. itu nasib la dalam telefon, kalau face 2 face mcm kat pasaraya, bank dll tu lagi la teruk...huhu~

Bila dah masuk training ni baru la eifa faham bahawa keje ini juga sgt mencabar.. kena tau adab, friendly, guna bahasa yang proffessional,  berilmu, effisyen & yg paling penting KESABARAN.. yela, macam yg eifa cakap tadi, customer kan suka lepaskan geram dan perasaan kepada customer service ni..

ihsan: google

Trainer eifa bagitau, sebenarnya kita kena paham yg customer tu sebenarnya bukan marah kat kita, tapi dorang rasa kecewa dengan produk/servis yg diberikan.. Sebagai seorang CS yang professional, kita kena sabar dan memahami perasaan pelanggan tu (show empathy) dan caba selesaikan isu itu dengan berhemah & sebaik mungkin... Customer is always right kan? huuu

CS pun manusia biasa..biasalah bila asyik kena marah dengan customer, rasa tension yang teramat..bila asyik simpan je, tu yang ada juga kes CS yg meninggikan suara kepada customer, gaduh dsb.. hurm..

Trainer eifa suggest, untuk elakkan kami semua dari tensyen yg teramat sgt, selepas keje pergi la lepak dengan kwn2, lepaskan semua tekanan..jangan simpan2.. tapi sebagai seorang Muslim, kita ada kelebihan..
"Ingatlah dengan mengingati Tuhan, Jiwa akan menjadi Tenang..." Solat + Doa... insyaAllah

Sekarang, eifa kena bersedia dari segi mental dan fizikal.. kena kuatkan diri hadapi semua cabaran. Hopefully eifa dan kawan2 dapat menjadi CS yg professional, insyaAllah..
0 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
"Diri rasa disayangi? Apakah ini cinta? Salahkah kita untuk bercinta? Adakah cinta kita ini akan berakhir dengan sebuah perkahwinan?"
Persoalan2 yang sering timbul di dalam hati seorang insan biasa....ingin eifa kongsikan sedikit Hadis & Falsafah yang eifa dapat dari sebuah majalah wanita Malaysia;

'Setiap manusia diciptakan Allah berpasang-pasangan. Dan sudah tentu perkahwinan itu diharapkan dapat mengembangkan zuriat kerana itulah matlamat yang sebenar..'

Firman Allah yang bermaksud:

''Wahai sekalian manusia. Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kami (bermula) daripada diri yang satu (Adam) dan menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa) serta diekmbangkan daripada kedua-duanya (zuriat keturunan) lelaki dan perempuan yang ramai. Bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu minta dengan menyebut-nyebut nama-Nya dan peliharalah hubungan silaturrahim kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu'' - surah An-Nisa':1


Menurut Ma'qal bin Yasar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

''Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan melahirkan anak yang ramai. Sesungguhnya aku berbangga memiliki umat yang ramai'' - Hadis riwayat Abu Daud
2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Kadang2 kita tak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup.......
Bila bersendirian, bermacam2 benda bermain di fikiran.......tentang diri sendiri, tentang kerjaya, tentang hidup..tidak terkecuali kenangan lampau yang menyentuh hati......
Rasa sedih, gembira silih berganti.. Tiba2 kita rasa bosan dalam hidup, "apa aku nak jadi?'' "apa yang aku nak dalam hidup?"..satu persatu soalan muncul, yang kita sendiri tidak tahu akan jawapannya... ...
"Arrghh! Peningnya kepalaku! Serabut betul la.." jeritku di dalam hati sambil tanganku menarik2 rambut.. "ini kalau tengok kat cermin, mesti dah macam orang gila dah ni.." fikirku di dalam kekusutan  (sempat lagi fikir pasal imej dalam situasi begini..) ..

..
0 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Salam 1 Malaysia buat semua blogger (^_^)

Hari ni eifa nak join 1 lagi Laucky Draw yang dianjurkan oleh Mrs. Atie Aizam..


Setelah sekian lama menyepi (kerana sibuk persiapan untuk temuduga) Eifa pun tak tahu nak buat entry apa dah sekarang, tiba2 je ternampak Lucky Draw ni, apa lagi..join la (^_^) Ada jugak entry yang nak dibuat..hehe

Hadiah? sangat best kepada mereka2 yang mempunyai Lappy (Laptop) , mesti suka sebab dhadiahnya laptop accessories (WOW!)

Syarat2 nak join Lucky Draw ni mudah saja..

1. Anda mesti seorang blogger


2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com

3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia

4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam

5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw kat atas tu kat entry anda dan linkkan ke blog Mrs. Atie Aizam

6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga

7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry 1st Lucky Draw by Atie Aizam

8. Tag seorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda

Ok, eifa nak tag 2 orang kawan eifa

my lil sis Hyun Miera
 &
my cute fwen Ms Nexx

Tarikh tutup 30 November 2010.. banyak masa lagi, jom join! (^_^)




0 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Wah! eifa sangat gembira sebab 1st time eifa dapat award dari kawan blogger (^_^)
Thanx to Ms Hafidzah Hafidz for this L.O.V.E AWARD...



trophy lawa

http://hafidzahhafidz.blogspot.com/
 
  
cantik kan kan? ha..korang nak jugak? boleh je.. banyak pilihan love award ni, korang boleh pilih je mana yang korang nak.. semua cantik2 (^_^)...caranya?... korang jadi follower cik Hafidzah Hafidz, then pilih la mana2 award yang korang nak.. (max 2) then bersempena dengan LOVE AWARD nih, korang jawab la soalan nie,
"Siapakah orang yang anda cintai/sayang dan mengapa?"..mesti bermula dengan ayat, 'Saya memang da lama jatuh cinta/sayang dengan..................sebab........................'
 
Ini ayat eifa
 
Saya memang da lama jatuh cinta & sayang dengan seorang jejaka @ my bf (nama dirahsiakan..jeng3..nak tau tunggu kad sampai..hehe) sebabnya dia...
  1. seorang yang sangat penyayang..
  2. sedap mata memandang dan sejuk hati melihatnya..
  3. menerima diriku ini seadanya.. (eifa ni dahla kuat berceloteh & membebel, dia sabar je..)
  4. suka bagi nasihat yang sangat berguna
  5. romantik juga..kui3..
  6. sporting..lalala~
  7. dan banyak la lagi..hehehe..
itu saja karangan yang eifa mampu bagi setakat ni.. dah lama tak buat karangan ni, so main ikut suka je.. (BM pun nasib la dapat 3B dalam SPM..hehe)

Last but not least, thanx again to Ms Hafidzah Hafidz for the award..Sorry sangat2 sebab lambat wat entry ni, sekarang  memang busy sikit.. (nak interview minggu depan, kecut perut ni..huhu~)
2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Dari Saidina Ali (kw),
 
Bermula yang Terlebih JAHAT bagi Lelaki tetapi Terlebih BAIK bagi Perempuan

  
1. Al-Bukhlu (kedekut)
  •    Suami kedekut - kedekut nak bagi nafkah, kedekut segala2nya sampai anak2 dan bini pun tak makan (kan tak elok tu)
  •    Isteri kedekut - bagus, selamat duit..maklum la perempuan ni kan boros sikit..pantang tengok SALE! =p
 
 ehsan: Google


2. Az-Zuhu (membesar2kan diri @ bongkak @ sombong)
  •    Suami sombong - taknak tidur rumah mertua, taknak bergaul dengan orang (kan jahat tu..)
  •    Isteri sombong - bagus sangat..bila dingorat dia tak layan..ala2 jual mahal gitu (kan Selamat..hehe)
ehsan: Google

  
3. Al-Jubnu (penakut)
  •     Suami penakut - hodoh sangat..g dapur takut, g toilet pun takut..adei!
  •     Isteri penakut - bagus! "taknak la pergi pasar malam, takut la abang.." ha, kan selamat tu.. =p
 
  

ehsan: Google

Wallahualam..

---> inipun eifa terdengar ceramah dari Ustaz Mohd Kazim Elias..sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan diri sendiri...

p/s: Renung renungkan..& selamat beramal! (dipetik dari kata2 Prof Ezi Hj Ali.. =p ) *tetibe je*
12 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Hai semua! Eifa baru je dapat ON blog hari ni.. tetibe je nampak kat shout box yang eifa ditagged lagi oleh my sis, Miera.. so, sebelum eifa g lunch, eifa jawab la dulu soalan2 dia yang boleh wat eifa kelemasan..blurp blurp blurp....hihi


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korunk?

  • Family, kawan2 (benda ke tu?) hehe.. ok2, handphone, i/c (kang ingat pendatang plak..huhu), rumah & duit (untuk hidup maa...) & Al-Quran (sebagai pedoman hidup.. ^_^)


2. Benda yang terakhir beli pakai korang beli pakai duit sendiri?

  • Topup Maxis RM10 & beg R20 (hadiah untuk adik...)


3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?

  • Tempat: Dalam dewan, dekat dengan rumah mak (Cheras)
  • Tema: perkahwinan dalam taman...warna ungu + putih..


4. Adakah korang sedang bercinta?

  • Yup! (^_^)


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

  • Hingga hujung nyawa..insyaAllah


6. Novel/majalah/buku yang terakhir korang beli?

  • Remember Me? by Sophie Kinsella
&
  • Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni 
(dua2 tak habis baca lagi ni..)



7. Apa nama penuh korang?

  • Nazifah binti Najmi


8. Antara mak dengan ayah,mana korang lagi mesra?

  • Mak, sebab sporting n senang bercerita (like bff gitu.. =p)


9. Adakah korang basuh baju sendiri?

  • Yup..sebab eifa anak perempuan yang sulung, mestila tolong mak basuh kain (^_^)
(tapi kadang2 mak yang basuhkan kalau eifa bangun lambat..hehe)



10. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

  • 15 April 1986, tahun lepas? sambut kat rumah..mak wat surprise party (^_^) hehe


11. Bagitau tiga perkara tentang orang yang tag korang?
  • Miera - cute, sweet, baik hati & suka membebel.. (hehe, jgn marah ea miera =p)


12. Lima blogger yang korang nak tag..

  • My fwen yang cute... Nexx
  • My new follower..sham
  • Nadia ..sebab bagi eifa ladyybug yg cute (^_^)
  • Ms Ezan - saya join contest hari raya beliau =p
  • Mr. Curly - bersempena dengan filem terbaru beliau...AYaK AYaK CiNTa..RoSSaK


2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@

Salam & selamat sejahtera semua...

Hai, arini eifa berminat nak join 1 lagi contest yang terbaru..(dah lama tak join contest ni...)
yang dianjurkan oleh cik Ezan (empunya belog si gadis - cute blog dia..)
Tarikh tutup dia esok (10.10.2010) ..disebabkan eifa ni perempuan dan ada gambar pakai baju raya & bertudung...(syarat2 penyertaan ni) so eifa pun nak join la..hehe
Mana la tau, rezeki dapat duit raya (walaupun raya dah habis) (^_^)
pemenangnya akan dinilai dengan cara kita berhias di Hari Raya...
So, tengok la macam mana eifa berhias hari raya lepas..sederhana je, takde la pakai baju lip lap pon..
ok, check it out...
my pic 

model baju kurung traffic light? =p

Ha, ni ada 1 lagi gambar..tapi gambar ramai2 la.. (harap2 boleh diterima oleh juri..huhu)

eifa yang dalam kotak merah tu.. 

So, eifa hanya join suka2 je..Kalau ada rezeki, bersyukur sangat2 (^_^)
Mudah je join contest ni, asalkan tangan rajin je..hehe

Kepada pembaca semua, kalau anda perempuan, ada blog & ada gambar beraya (pakai tudung) mehla join cepat!

2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
1.  Al-Ananah - Perempuan yang banyak keluh kesah 
     bagi apa pun tak cukup, asyik nak komplen je.... 
gambar hiasan: google

2.  Al-Mananah - Perempuan yang banyak mengungkit
    ha, yang ni korang semua mesti tau kan.. jenis yang suke mengungkit contohnye macam ni " siapa yang tolong   awak masa susah dulu? kalau bukan saya, awak dah lama....."

3. Al-Hunanah - Perempuan yang ingin kepada lelaki lain
    Dah ada suami, tapi dok sibuk nak kat lelaki lain..ala2 playgirl la ni..
gambar hiasan: google

4. Al-Hudakah - Perempuan yang gemarkan tiap2 sesuatu, dan memaksa suami dia buat
    yang ni pun tak perlu nak explain, korang semua mesti tau

5. Al - Bura'kah - Perempuan yang hari2 nya sibuk bersolek2 tanpa mempedulikan amalan2 yang lain
    ni perempuan yang sibuk dengan kecantikan, sampai terabai solat,rumahtangga dsb
gmbar hiasan: google

6. As - Salaqah - Perempuan yang banyak bercakap berleter pagi petang
    Mau sakit jugak telinga si suami ni dengar bini dia dok pot pet pot pet setiap hari.. punca2 suami cari lain jugak ni..huhu

gambar hiasan: google


.......Dalam Islam ada dinyatakan untuk memilih isteri/suami biarlah yang elok mukanya, yang baik rupanya, so tak perlu cari lain.
gambar hiasan: google

 Elok di sini - bukan bermaksud cantik, kerana cantik itu subjektif.. Cantik itu bila kita tengok wajah isteri/suami tenang jiwa...

Tapi, jangan berkahwin dengan perempuan cantik/suami hensem, tetapi agamanya takde..

Sesiapa yang nak rumahtangganya bagus - tak perlu cari yang cantik2, tapi agama ada.. kerana perempuan yang sederhana inilah yang sentiasa bersyukur dan suka anak yang ramai, bahagia rumahtangga.
gambar hiasan: google

(perempuan yang cantik ala2 model kan nak jaga body, so mana nak anak ramai2 ni..huhu)

=> Terdengar ceramah dari Ustaz Mohd Kazim Elias..sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan diri sendiri...
Rujukan dari Kitab Muhimah (wallahualam)
   
2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Eifa telah di tagged oleh Ms. Nexx untuk menjawab soalan2 cepu cemas ni..makasih yer Nexx...
 So, check it out....

1. Name one person who made u laugh last night?

Nobody (tidur awal malam semalam)


2. What were u doing 1 hour ago?

having my dinner (nyum3)

3. What was da last thing you said out loud?

Ajin!! No!!!


 
4. Where's da next place you're going to?

erm..my bed (tidur la..ngantuk dah ni..ZzzzZzz)

5. What was da last thing u paid for?

Air 100 Plus & Roti Ikan Bilis (Lapar tunggu adik jemput kat LRT)

6. Where were u last nite?

My brother's house @ Ampang

7. What's da best ice-cream flavour?

Chocolate + Vanilla (nyum3)


8. Do u wanna cut your hair?

No at the moment (sayang la..huhu)


 
9. Do u love to 'melatah'?

Not "love" but sometimes its happened

10. If that so(melatah), what will u said out loud?

Ya Allah ya Tuhanku!


11. What does da last text-msg received say?

Abgpn tgh On9 gk ni


12. Will u get married in da future?

Off Course! (laju je jawab..hehe)


13. Do u chew on your straw?

Not my habit..
Tapi kalau bosan sangat gigit jugak la..hehe


14. Do u make-up your own words?
Nope..never!!

 
15. Is there anyone u like/love right now?

Yes..who? (secret ^_^)

16. Tag to other 5 bloggers/more

kembar saya - eifa (^_^)
nama yg ala2 eifa jugak - ifa
bro Loq yg macho (^_^) 
mr. aMing yg cool
kak Ummie Hanie - ibu mithali (^_^)


(p/s: kepada mereka2 yg di atas tu, kalau dah penah ditagged untuk soalan ni, saya minta maaf ye..sila abaikan..huhu)


7 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
(ini adalah sticky mode sehingga 4 Oktober 2010)
Sedang eifa berjalan-jalan (guna jari pun boleh..hehe) , tiba2 eifa dikejutkan oleh satu benda bulat yg nampak macam UFO..UFO ke???
Ooo tidaakkk!!
Saje je wat saspen...padahal ni sebenarnya HADIAH untuk LUCKY DRAW yang dianjurkan oleh TopsyTuvyMum



Menarik kan??/
Melihat pada hadiah ni je pun dah buat ramai blogger2 (especially perempuan) jadi gila dan angau (haha..sampai macam tu skali ye..) termasuklah eifa ni. Mana lah tau, kalau rezeki eifa, boleh lah guna kat rumah (kat rumah takde set pinggan mangkuk yg cantik macam ni  =.='' huk huk)

syarat2 penyertaannya senang je, boleh tengok sini or bace kat bawah;
  1. Anda adalah seorang blogger.
  2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
  3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda.
  4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry tuan rumah. 
  5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni (Sebelum Isnin depan 04/10/2010).
  6. Pemenang akan dipilih secara random oleh Mrs TopsyTurvyMum

 Mehla join ramai2..tak rugi pun kalau mencuba..kan kan ? (^_^)v
4 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Petang ni sebenarnya eifa tengah dok pulun baca tentang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, esok sampai hari Isnin ni eifa ada fizikal test kat Kuala Kubu Bharu (2-4 Okt). Disebabkan nak prepare for this test la eifa dah kurang bukak blog kesayangan ni dan melawat kawan2 blogger. Maaf sangat2. InsyaAllah balik dari test minggu depan eifa akan balas kunjungan anda semua dan lawat kawan2 blogger yg lain..

Sesekali juz bukak skodeng2 jap, rindu kat blog ni. Eifa terasa nak tengok 1st GA yg eifa join dulu (yg ada gambar kereta comel warna merah tu), tak sangka!! Wah, Eifa Menang!!!.. GA ni dia wat macam cabutan bertuah la..dan yang uniknya dia pilih pemenang berdasarkan nama dia (Nur Nadia Farahida) dan beberapa tarikh penting untuk dia. Dan tak sangka eifa punya nama dalam list dia (no 22) terpilih bersempena dengan tarikh besday Husband Nadia (Mr.Afiq). Tak caya? meh tengok kat sini or kat bawah ni



Terima Kasih diucapkan kepada Nadia. Ini yang buat eifa semangat nak join GA lagi ni..hehe
Terasa gembira pulak nak pergi test esok (hilang la sikit stress, sbb nerves..huhu)
Alhamdulillah, rezeki (^_^)v

4 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Korang semua pasti mengikuti perkembangan kes pembunuhan kejam Dato' Sosilawati dan 3 yang lain, yang menggemparkan seluruh dunia.. Pastinya semua orang pun marah dan geram dengan si pembunuh beliau yang seperti tidak berhati perut! Saya pun geram juga.. sebab tu la saya letak 'benda alah' ni.. tak payah nak cakap banyak2,  jomla kita sama2 tekan 'benda alah' ni!! 


'Benda alah' ni saya dapat dari blog ayeemayam (thanx ayeem)

ha, korang rasa geram lagi tak? huhu~ Kalau tak puas, tekan la lagi sampai korang puas hati, huhuhu..
9 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Siapakah awek cun di bawah ni??? Nak tau, jom baca...Zasssss!!



fieza 1


http://hafidzahhafidz.blogspot.com/
 
Salam sejahtera semua...
 
Hari ni semasa Eifa blogwalking eifa ternampak pula awek cun yang pakai baju merah ni ada di mana2..
Eifa pun klik la, nak tengok contest apa yang dia buat..ooo, pertandingan pakaian tradisional rupanya (^_^) yang dianjurkan oleh cik Hafidzah Hafidz
 
Disebabkan itu eifa pun tertarik untuk masuk pertandingan ni..bukannya nak eksyen tapi sebab dah memang syarat pertandingan dia kena pakai baju tradisional dan bergaya (cewah!)
 
Kebetulan eifa memang ada simpan 1 gambar masa raya dulu pakai baju kebaya, so boleh la join cuba nasib.. mana tau kot2 ayah cik hafidzahhafidz tu berkenan nak bagi menang..hehe
 
mcm perempuan melayu terakhir tak? hehe

Amacam? ok tak? hehe..

Oh ye, eifa nak tagged 2 orang

My luvly sis hyun miera
Mr teratakindah yg suka amik gambar..(^_^) p/s: boleh ajak Lady D skali join
Ms Mayra Hilton (sbb gambar profil dia pakai baju kurung..)
Ayeem Jemain (teringin nak tengok ayam pakai baju melayu..hehe)

ops! terlebey sudah...hehe.. Marilah join (^_^) sambil2 tu boleh juga promote pakaian traditional ni agar tak lapuk di zaman..bak kata Hang Tuah " Takkan melayu hilang di dunia"..*tetiba je* hihi

Tarikh tutup contest 27 September 2010..cepat sebelum nangis! (^_^)

10 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Mari2..sape nak hadiah free? Mehla join..klik je kat kete merah bawah ni


Nape? Tak percaya ke? Percayalah..
Eifa pun tak percaya pada mulanya, tapi dah cik Nadia ni dengan murah hatinya
 mahu memberi duit raya kepada kita semua..
seorang blogger yg bertuah akan dipilih memalui cabutan.. (so, fair & square la..)

Hadiah pe?? Secret katanya..mybe topup, duit tunai or barang...
or maybe kita leh pilih sendiri..(besh!!)
Sape yang taknak hadiah free ni, manalah tau rezeki korang leh dapat
Syarat2 penyertaan, senang je.. leh baca kat sana or baca kat bawah ni;

1. buat entry same mcm tajuk d atas > letak gamba kete merah d bwh
> link kan ke website cik nadia
2. letak gak gambar kete cute ni kat side bar korg (mcm yg sy buat ;p)
3. jd follower cik Nadia
4. Tagged 3 org..
5. Tggalkan nama & link en3 korg kat ruang komen en3 tuan rumah tu

so, mari ramai2 klik kat sini


ops, sebelum tu Eifa nak tagged 3 org yang terpilih

(my fren yg berbakat tulis novel)
(yg Eifa suke folow tutorial dia..hehe)
(namanya buat sy teringat zaman kanak2.. )

(p/s: sbnrnya nak tagged sume org, tapi mcm terlebey sudaaa..huhu~)
special thanx to my sis miera yg tagged eifa utk join contest ni (^_^)

3 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Keje..ooo keje..di mana kau ye keje??

(pic google)

    Agak2 keje pe la yang sesuai buat aku ni ye? Malu plak dengan coursemate yg blaja same2 dulu.. walaupun ramai yang extend, tapi sekarang mereka yg lebih berkerjaya daripada aku ni..erm..

Kebanyakan kwn2 coursemate dapat keje yg memang dlm bidang yg kami belajar dulu. Lepas tu, yang paling aku jeles, dorang siap sambung master lagi sekarang ni.. huhu~ memang jeles la.. ada kwn sorang tu, siap nak sambung phD lg..adehhh...

Aku ni bukannya jeles yg tak baik tau, jeles yang baik..hehe.. aku nak bersaing dengan kawan2 aku tu, sebab tu sekarang aku sedang berusaha..Yang paling penting, aku kena dapatkan keje tetap dulu, lepas tu apply nak sambung Master plak, insyaAllah.. 
 (pic Google gak ni..)
 
    Bukan aku tak pernah keje sebelum ni, lepas habis blaja dulu, aku adalah antara yang bertuah dapat keje sebelum convocation.. Tapi sayangnya, rezeki aku kat company tu tak lama, maka aku pun bertukar keje...

Alhamdulillah, dapat keje lagi bagus dari dulu, keje tetap, gaji pun ok..tapi malangnya, disebabkan hal2 yang tak dapat nak dieelakkan, aku berhenti juga..memang jodoh tak lama dengan company tu jugak..


(google lagi da...)
  
Isi borang sana, g interview sini, semua tak boleh.. Jadi sekarang ni aku masih lagi berusaha untuk dapatkan job yg ok, yg tetap..boleh la aku tolong family aku, beli aset, dan yg paling penting dapat sambung belajar. Dari dulu lagi nak sambung, cuma keadaan tak mengizinkan. Maklum la, nak sambung blaja kos tinggi kan.. aku ni anak ke 2, so ramai lagi adik2 kat bawah yang nak kena tanggung..erm..

Sekarang ni, sementara menunggu dapat keje tetap, aku buat keje part time dulu.. erm..lepasni ada 2 upcoming interview utk 2 jawatan tetap dalam government..Alhamdulillah, dapat juga pergi interview.. Harap2, lepas la interview ni. Korang semua tolong doakan eifa lulus ye, tq (^_^)
2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Yeah! Strike! hehe..


Mesti korg pelik kan, nape la cik eifa ni post entri pasal bowling ni..padahal bese je..hehe
Memg bese pon, cume utk aku ianya memg luar bese..sebabnye, memang dah lame ak tak dapat main bowling ni.Jadi, ni kira lepas gian la ni. Yang paling best, main masa hari raya ke - 2, time orang sume sibuk dok makan kuih raya lagi..tapi kami pergi beraya makan bola bowling, hehe


Lokasi: Pusat Bowling @ The Mines
Masa/Tarikh: 6.30ptg - 8.00 mlm (Raya ke 2,Sabtu)
Bil org : 10 org (4 gurlz, 6 guys)
Bola yg digunakan (perlu ke? hehe) : 9,10 & 13 lbs..
saiz kasut (??) : 5,6,7 & 8 (agaknye.. =p)
Game: 2 game je..
Pemenang: Set 1 : Jeff
          Set 2 : Eifa (aku la..wee~)


Penah dengar tak pepatah "the more, the merier" hehe (tak tau la betol ke tak ejaan tu) tapi memg betul la.. Main ramai2 memang best, ditambah pulak kalau main dengan adik beradik n kawan2 yg sporting habes.. Ei, tak tau la nak gambarkan mcm mne perasaan kami, memg best la..hahaha (entah pape entah yg aku mengarut nih..)


Sebenarnya, aku bukannya ape, cume bangga je sbb dapat kalahkan suma org n jadi champion! hehe.. Walaupun markah tak seberapa, tapi cukuplah utk mengalahkan pesaing terdekat aku, sape lagi kalau bukan kawan baru aku yg 2 orang tu, si Angah n Jeff..hehe.. Si Angah ni tak puas hati, jadi dia mntak nak lawan lagi sekali dengan aku sebab set yg pertama die menang 2 mata dari aku, tapi set ke 2 dia jauh kena tinggal dengan aku..haha!

The Heroes: Lan, Angah, Nizam, Jeff, Apis & Amie

Gurlz power! : Eifa, Eya, Nina & Nisa


Jgn pandang belakang! tapi degil, nak pandang gak! haha

BFF.. wee~

P/S: moral of the story: so, kepada sesiapa yang nak main bowling, bolehlah ajak saya...insyaAllah sy join (^_^) hehe (takde moral lgsung nih..)
6 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Oooo..balik kampung (3x) hati riang..
kedengaran lagu allahyarham Sudirman dr speaker radio Viva (mak punyer..hehe) tiap2 tahun pon dgr lagu ni, tapi tak penah bosan..nape ek? sebab setahun sebulan je dengar lagu ni..hehe.. (jawab sendiri plak aiii..)

Kebiasaannya orang  balik kampung 2-3 hari sebelum raya, seronok main bunga api, masak rendang, ketupat, lemang, sibuk kemas rumah dsbgainya.. Jumpa plak sepupu, sedara mara yg dah lama tak jumpa..tapi lain pula bagi keluarga aku ni..erm..dahla blk kg ptg sehari sebelum raya, malam raya plak kami tidur hotel...

Ape beza tidur kat Hotel dgn Rumah nenek kt kampung??

Hotel
  1. kena cari kalau tak tau lokasi..(wpun dh google pun boleh sesat tau..)
  2. tak boleh masak rendang/ketupat mahupun lemang (pendek kata, masak memasak ni la..)
  3. tak boleh main bunga api
  4. boleh buat sepah sesuka hati (hehe, sbb nanti dorang yang kemas)
  5. ada aircond ooo..(best2..hehe)
  6. kena keluar duit (bayar sewa..huhu)
  7. tak payah susah2 pasang langsir, pelita, lampu lip lap..
  8. tak payah hidang kuih raya..(hehe)
Rumah kg
  1. Cepat je sampai (sbb memang dh expert dh jalan ke kg)
  2. Nak masak rendang, ketupat? Semua boleh..dodol pon boleh!
  3. Bukan setakat bunga api, mercun, meriam buluh semua pon boleh!
  4. Kena jaga kebersihan & kekemasan rumah (kalau tak nanti malu oo orang dtg sepah2)
  5. Guna kipas lipas je..aircond semulajadi..memg sejuk.....
  6. Keluar duit raya je..(bg nenek..hehe)
  7. Boleh pasang pelita, lampu disco pon boleh je..
  8. Kene siapkan kuih raya dalam bekas kuih, rendang, ketupat..semua lah..
hahaha..

..korang jgn salah paham plak, bukanla keluarga kami ni kaya or demand, tapi sbb memang kami dah takde tempat nak tidur dah malam raya hari tu..Sejak nenek kami tinggal bersama2 beberapa tahun yang lepas.. So, disebabkan takde sape yang menjaga rumah beliau, maka perkhidmatan air & api pon dipotong la..dan yang paling sadis, rumah tu dah jadi macam rumah kambing & lembu plak sbb dh macam hutan belukar dah..huhu~

Bukannya tak boleh nak balik pagi raya, cuma tak rasa kemeriahan pagi Syawal kalau tak dapat Solat sunat Hari Raya di kampung.. Sebelum2 ni penah solat Hari Raya di KL dah, tp kureng meriah la..huhu~ dan kami juga pernah betolak awal2 pagi dr rumah dgn harapan dpt solat Hari Raya di kampung (sbb dekat je, kt N9), tapi sampai2 je, dh penuh la, dh habis la (sbb tggu adk2 pompuan yg suke make up ni..huhu) maka tahun ini abg ak pon mmbuat cdgn yg bernas lg bagus ni..Kita tidur Hotel kat kampung!! yey!! (suke plak..hehe) padahal sebenarnya sedih.. Yela, tak dapat rasa kemeriahan malam raya di kampung kan.. Terima jela seadanya.. Yg penting, rutin di pagi raya kami tak lari

pas solat hari raya, melantak, pastu tolong membasuh..(sbb plg byk mkn..kami la..hehe)

pastu ziarah kubur arwah atuk..(al-Fatihah)

maaf bermaafan (time ni la keluar sume dosa yang kita buat dulu..) tapi muka ada senyum..(^_^)

mengepaww duit raya dr abg, kakak & mak

dan yg penting posing sakan! sebelum pergi beraya rumah sedara mara (^_^)v weee~


jadi apa beza tidur di hotel dengan tidur di rumah nenek bg korang? ha, lu pk la sendiri ye.. hehe

Bagi aku, tidur kat mana tak penting... yang penting kita kekalkan tradisi raya kita..betul tak?  hihi (^_^)
4 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
 
 
copyright from AyeemAyam (thanx)
 
Assalamualaikum sahabat blogger sekalian,
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
----> Salam Aidilfitri buat semua..
 
  • Semoga selamat sampai ke destinasi
  • Berhati-hati di jalan raya (ingatlah org yg korg sayang)
  • Semoga bergumbira bagi duit raya..hehe
  • Last but not least, selamat menggumukkan diri! hehe
 
Terimalah lagu raya dari saya;
 
Suatu hari di Hari Raya,
Aku menangis tanda gembira,
Aku menangis kerana ku bangga,
Ada orang membaca lagu raya yang entah ape2.. hehe
 
Jgn mare aa..Selamat Hari Raya, maaf zahir batin (^_^)

4 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Erm, sedar tak sedar kita dah pun berada di penghujung Ramadhan..rasa macam cepat je masa berlalu.. Suasana? tak payah cakap la, kalau sesiapa yang suka shopping last2 minute ni, terutama sekali kat Jalan TAR @ Masjid India, pasti tau macam mana keadaan kat sana..jalan macam keretapi (KTM pun laju lagi), berbondong2 orang membeli persiapan raya..termasuklah aku sekali. Balik rumah sakit lutut, pening kepala dan penat gile!


Di penghujung Ramadhan ni juga lah ramai yang sibuk dengan majlis berbuka puasa di luar..jemputan, company dinner, dll. Tak ketinggalan juga ramai yang mengambil kesempatan ni untuk buat majlis 'gathering' dengan kawan2 lama (sekolah, U, ofis lama dsb)


Minggu lepas je, dah 2 kali aku gathering dengan kawan2..Jumaat lepas dengan coursemate, di sebuah restoran di Shah Alam..Hari Sabtu pula di The Mines, dengan kawan2 PALAPES (yg ada di KL).. Hari ni pun ada lagi, tapi dengan kawan2 baru plak (^_^)..Memang seronok, bila dapat jumpa sekali setahun ni..Berborak panjang sampai makan pun lupa, lepas tu balik lapar.. (huhu, aku la tu..sedey2..)


Tapi seronok dengar perkembangan terkini kawan2, ramai yang dah berjaya dalam karier masing2, ada kereta sendiri, ada rumah, dan tak lupa juga ada yang nak berumah tangga.. Yang paling membanggakan, ramai di antara mereka yang menyambung Master di IPTA.. rasa bangga, jeles pun ada.. (nak sambung gak, tapi kena tunggu masa yang sesuai, huk huk).. tapi yang paling jeles, bila ada kawan yg dengar2 nak sambung phD! wah!

Mana lagi seronok, bulan puasa ke Hari Raya? Kebanyakan orang suka Hari Raya dari puasa.. boleh makan banyak2, boleh shopping sakan, dan boleh dapat duit raya (eee..tak malu! hehe) walaupun realiti sebenar ramai juga orang yang tak puasa (ponteng!) sedih2..

Bagi aku, aku lagi suka bulan puasa..kenapa? sebab boleh berkumpul sama2 family dan makan bersama (sebulan tau!) 2X sehari plak tu.. (sahur dan berbuka), boleh g terawih sama2 dan yang paling penting dapat kumpul pahala banyak2 (^_^)..suasana pun meriah ditambah lagi dengan bazaar Ramadhan yang berlambak2, sampai rambang mata memilih 

Namun begitu, Hari Raya pun aku suka juga sebab dapat jumpa sanak saudara dan menyambut hari kemenangan bagi kita yang berpuasa ni, tapi apapun Ramadhan memang paling best! wee~

2 comments | edit post
Reactions: 
EiF@
Aku adalah sebatang pen. Aku dilahirkan di sebuah kilang pen yang terletak di tepi laut, di sebuah tempat di Pulau Pinang. Perjalanan hidupku bermula setelah aku dimasukkan ke dalam kotak, dan dibawa oleh sebuah van, kemudian dihantar ke sebuah kedai alat tulis yang terletak di Kuala Lumpur.

Aku dipamerkan di suatu ruangan yang dipenuhi dengan rakan-rakan yang sekaum denganku (pen juga). Seperti manusia juga, kaum kami mempunyai pelbagai bentuk badan, warna dan rupa yang menarik bagi menarik minat pengguna. Yang mempunyai rupa menarik, dan 'high class' dijual dengan harga yang lebih tinggi, dan pastinya hanya yang berkemampuan sahaja yang mampu untuk membelinya.. Sama juga seperti manusia, yang cantik, berstatus tinggi pasti akan 'jual mahal' dan 'memilih'... Namun, perbezaannya aku dan kaumku tidak meminta untuk dijual dengan harga sebegitu kerana itu semua bergantung kepada kos pembuatan untuk menghasilkan aku, sebatang pen. Ya, kerana aku hanyalah sebatang pen yang kaku dan hanya mampu melihat perkara sekeling yang berlaku di hadapanku...

Diriku tidaklah beruntung seperti rakan-rakanku yang lain..bentuk badanku yang lurus, bermuncung 8mm dan berdakwat biru hanya dilihat dan dibeli oleh para pelajar kerana hargaku yang jauh lebih murah.. Namun begitu, aku tidak merasa rendah diri, sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada, janji ada orang yang menjaga aku..

Aku akhirnya dibeli oleh seorang pelajar UiTM, seorang perempuan yang berkulit sawo matang, berwajah ayu dengan tudung litupnya.. Beliau merupakan seorang pelajar berjurusan Sains Komputer, tahun pertama. Sebagai persiapan bagi menduduki peperiksaan akhir minggu depan, beliau telah membeli aku..

Aku digunakan bagi menjawab soalan peperiksaan, yang kebanyakannya esei. Pantas sahaja aku dihayun dan mata penaku ligat menulis jawapan mengikut hayunan tuan ku. Aku merasa bangga kerana mampu berkhidmat untuk beliau, untuk sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya..Menuntut ilmu..

Sehinggalah suatu ketika, di masa beliau sedang menggunakan ku untuk menyiapkan 'assignment' yang diberi oleh lecturer, aku sudah tidak bermaya lagi..Dakwat di dalam badanku sudah kering, dan ini bermaksud aku perlu diganti dengan yang baru.. Tuan ku berasa sedih, bila mengenangkan ku yang banyak berjasa dengannya selama ini. Namun, lumrah dunia.. setiap yang hidup, pasti akan pergi.. Bila sudah tidak diperlukan lagi, dibuang.. Begitulah juga nasibku, aku akhirnya dibuang di dalam tong sampah di bilik beliua, yang kemudiannya diangkut oleh makcik cleaner ke tong sampah yang hitam yang lebih besar...

Begitulah kesudahannya, aku tidak mampu menangis, kerana aku hanyalah sebatang pen

Aku tidak mampu ketawa, kerana aku hanya sebatang pen

Aku juga tidak mampu berkata-kata, kerana aku hanya sebatang pen...


Sekian cerita tentang pen..pasni tukar benda lain plak..hehehe
2 comments | edit post
Reactions: 

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket
There was an error in this gadget