EiF@
Erm, kali ini eifa nak berbincang mengenai isu semasa yg sedang hangat diperkatakan sekarang ni..
 (isu semasa ke? hehe)

Isu mengenai "Penyimbah Asid Bersiri" .. bukan perogol mahupun pembunuh bersiri, bukan juga perut yg berisi.. (eh..eh, lari tajuk plak..hehe)




sumber: Google
 


Sampai sekarang semua orang tak tahu kenapa dan tujuan beliau ni buat macam tu. Macam2 anggapan yang orang buat, "hobi dia kot.." kata makcik Melah sebelah rumah..hehehe... Macam nak balas dendam kat kaum perempuan pun ada.. Mungkin sebab kecewa dengan perempuan, jadi dia buat la mcam tu... Mungkin juga sebab dia suka tengok orang lain sengsara....

"lelaki berkulit gelap, dan menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam" modus operandinya menyimbah asid kepada mangsa2 yang sedang berjalan/berjoging/menunggu bas/membuka tingkap kereta (terbaru).. 


Dah 23 mangsa yang terkena, semuanya perempuan.. Eifa juga perempuan, tentu eifa dan kawan2 lain pun takut juga... Mangsa terbaru kena sbb buka tingkap sekejap je, dah kena simbah.. Dulu ingat pejalan kaki je.. Lepas ni, nak bukak tingkap sikit pun dah tak berani la macam ni. Dah macam tak selamat, walhal kita dududk di negara Malaysia yg bebas & aman untuk kita ke mana sahaja.

Apa pun andaian kita semua, hanya dia dan Tuhan yg tahu.. Harapnya dia sedar akan perbuatan dia. Tak baik buat orang lain sengsara. Kita pun manusia juga, serupa..Ada kulit, hati & perasaan. Janganlah mudah ikutkan hati & perasaan. Bak kata pepatah.. "ikutkan mulsut, badan binasa, ikutkan hati, mati.." (maaf la kalau salah tulis pepatah ni ye..)

Diharapkan agar kita semua berwaspada dan lebih berhati2 semasa diluar mahupun di dalam rumah. Kata orang , "malang tidak berbau"..

Sekian..


2 comments | edit post
Reactions: 

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket
There was an error in this gadget