EiF@
Oooo..balik kampung (3x) hati riang..
kedengaran lagu allahyarham Sudirman dr speaker radio Viva (mak punyer..hehe) tiap2 tahun pon dgr lagu ni, tapi tak penah bosan..nape ek? sebab setahun sebulan je dengar lagu ni..hehe.. (jawab sendiri plak aiii..)

Kebiasaannya orang  balik kampung 2-3 hari sebelum raya, seronok main bunga api, masak rendang, ketupat, lemang, sibuk kemas rumah dsbgainya.. Jumpa plak sepupu, sedara mara yg dah lama tak jumpa..tapi lain pula bagi keluarga aku ni..erm..dahla blk kg ptg sehari sebelum raya, malam raya plak kami tidur hotel...

Ape beza tidur kat Hotel dgn Rumah nenek kt kampung??

Hotel
  1. kena cari kalau tak tau lokasi..(wpun dh google pun boleh sesat tau..)
  2. tak boleh masak rendang/ketupat mahupun lemang (pendek kata, masak memasak ni la..)
  3. tak boleh main bunga api
  4. boleh buat sepah sesuka hati (hehe, sbb nanti dorang yang kemas)
  5. ada aircond ooo..(best2..hehe)
  6. kena keluar duit (bayar sewa..huhu)
  7. tak payah susah2 pasang langsir, pelita, lampu lip lap..
  8. tak payah hidang kuih raya..(hehe)
Rumah kg
  1. Cepat je sampai (sbb memang dh expert dh jalan ke kg)
  2. Nak masak rendang, ketupat? Semua boleh..dodol pon boleh!
  3. Bukan setakat bunga api, mercun, meriam buluh semua pon boleh!
  4. Kena jaga kebersihan & kekemasan rumah (kalau tak nanti malu oo orang dtg sepah2)
  5. Guna kipas lipas je..aircond semulajadi..memg sejuk.....
  6. Keluar duit raya je..(bg nenek..hehe)
  7. Boleh pasang pelita, lampu disco pon boleh je..
  8. Kene siapkan kuih raya dalam bekas kuih, rendang, ketupat..semua lah..
hahaha..

..korang jgn salah paham plak, bukanla keluarga kami ni kaya or demand, tapi sbb memang kami dah takde tempat nak tidur dah malam raya hari tu..Sejak nenek kami tinggal bersama2 beberapa tahun yang lepas.. So, disebabkan takde sape yang menjaga rumah beliau, maka perkhidmatan air & api pon dipotong la..dan yang paling sadis, rumah tu dah jadi macam rumah kambing & lembu plak sbb dh macam hutan belukar dah..huhu~

Bukannya tak boleh nak balik pagi raya, cuma tak rasa kemeriahan pagi Syawal kalau tak dapat Solat sunat Hari Raya di kampung.. Sebelum2 ni penah solat Hari Raya di KL dah, tp kureng meriah la..huhu~ dan kami juga pernah betolak awal2 pagi dr rumah dgn harapan dpt solat Hari Raya di kampung (sbb dekat je, kt N9), tapi sampai2 je, dh penuh la, dh habis la (sbb tggu adk2 pompuan yg suke make up ni..huhu) maka tahun ini abg ak pon mmbuat cdgn yg bernas lg bagus ni..Kita tidur Hotel kat kampung!! yey!! (suke plak..hehe) padahal sebenarnya sedih.. Yela, tak dapat rasa kemeriahan malam raya di kampung kan.. Terima jela seadanya.. Yg penting, rutin di pagi raya kami tak lari

pas solat hari raya, melantak, pastu tolong membasuh..(sbb plg byk mkn..kami la..hehe)

pastu ziarah kubur arwah atuk..(al-Fatihah)

maaf bermaafan (time ni la keluar sume dosa yang kita buat dulu..) tapi muka ada senyum..(^_^)

mengepaww duit raya dr abg, kakak & mak

dan yg penting posing sakan! sebelum pergi beraya rumah sedara mara (^_^)v weee~


jadi apa beza tidur di hotel dengan tidur di rumah nenek bg korang? ha, lu pk la sendiri ye.. hehe

Bagi aku, tidur kat mana tak penting... yang penting kita kekalkan tradisi raya kita..betul tak?  hihi (^_^)
edit post
Reactions: 
4 Responses
  1. nexx-novel Says:

    ui.. cantik ler gambar raye ko yang byk2 tapi letak dalam satu pic tuh... camne wat? hehe..

    p/s: ngah basuh pinggan pun smpt pOsing tngkap gmbar.. fuhh... raya sakan yer nmpak nya..

    Selamat Ari raya :>


  2. EiF@ Says:

    hehe..senang je..2 namenye teknik kolaj..haha..ak gune akak aku nyer picasa..so, susun je gambo2 2..hehe

    memg dh 2-3 thn kitorg tolong basuh pggan, hehe~ dh mkn byk.. (^_^) Slmt Ari Raya juge buat nexx


  3. Echo Peach Says:

    korang sume, sume satu kepala... sporting gile ar korang, best best best...


  4. EiF@ Says:

    hehe..tau xpe..thanx =)


1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket
There was an error in this gadget