EiF@
Erm, sedar tak sedar kita dah pun berada di penghujung Ramadhan..rasa macam cepat je masa berlalu.. Suasana? tak payah cakap la, kalau sesiapa yang suka shopping last2 minute ni, terutama sekali kat Jalan TAR @ Masjid India, pasti tau macam mana keadaan kat sana..jalan macam keretapi (KTM pun laju lagi), berbondong2 orang membeli persiapan raya..termasuklah aku sekali. Balik rumah sakit lutut, pening kepala dan penat gile!


Di penghujung Ramadhan ni juga lah ramai yang sibuk dengan majlis berbuka puasa di luar..jemputan, company dinner, dll. Tak ketinggalan juga ramai yang mengambil kesempatan ni untuk buat majlis 'gathering' dengan kawan2 lama (sekolah, U, ofis lama dsb)


Minggu lepas je, dah 2 kali aku gathering dengan kawan2..Jumaat lepas dengan coursemate, di sebuah restoran di Shah Alam..Hari Sabtu pula di The Mines, dengan kawan2 PALAPES (yg ada di KL).. Hari ni pun ada lagi, tapi dengan kawan2 baru plak (^_^)..Memang seronok, bila dapat jumpa sekali setahun ni..Berborak panjang sampai makan pun lupa, lepas tu balik lapar.. (huhu, aku la tu..sedey2..)


Tapi seronok dengar perkembangan terkini kawan2, ramai yang dah berjaya dalam karier masing2, ada kereta sendiri, ada rumah, dan tak lupa juga ada yang nak berumah tangga.. Yang paling membanggakan, ramai di antara mereka yang menyambung Master di IPTA.. rasa bangga, jeles pun ada.. (nak sambung gak, tapi kena tunggu masa yang sesuai, huk huk).. tapi yang paling jeles, bila ada kawan yg dengar2 nak sambung phD! wah!

Mana lagi seronok, bulan puasa ke Hari Raya? Kebanyakan orang suka Hari Raya dari puasa.. boleh makan banyak2, boleh shopping sakan, dan boleh dapat duit raya (eee..tak malu! hehe) walaupun realiti sebenar ramai juga orang yang tak puasa (ponteng!) sedih2..

Bagi aku, aku lagi suka bulan puasa..kenapa? sebab boleh berkumpul sama2 family dan makan bersama (sebulan tau!) 2X sehari plak tu.. (sahur dan berbuka), boleh g terawih sama2 dan yang paling penting dapat kumpul pahala banyak2 (^_^)..suasana pun meriah ditambah lagi dengan bazaar Ramadhan yang berlambak2, sampai rambang mata memilih 

Namun begitu, Hari Raya pun aku suka juga sebab dapat jumpa sanak saudara dan menyambut hari kemenangan bagi kita yang berpuasa ni, tapi apapun Ramadhan memang paling best! wee~

2 Responses
  1. nexx Says:

    ha, gathering ngan coursemate tak ajak aku ... huuuhuh


  2. EiF@ Says:

    sory nexx..last minute nyer program, lupe sgt2.. huhu~

    Nanti kte gathering 2 org ea, pas raya (^_^)


1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket