Bila cakap pasal test, semua orang jadi takut..makkkkkk toolongggg!!! bergetar lutut, jadi tensen..bila dah tensen, makan banyak, sebab otak dah serabut..huhu
makan banyak2..hohoho..
sumber: google
Kenapa tiba-tiba je cakap pasal test ni? Padahal eifa bukan student lagi..tapi sebab eifa sekarang 'under training' kat tempat kerja baru ni. Sepanjang 2 bulan 'training' kami diberi pelbagai test untuk uji kefahaman kami.. Maklumlah, dalam training pun kami dibayar, (gaji) sebab tu dia nak uji sejauh mana kita fokus dan berminat dalam kerja ni..
Ujian bertulis dah lepas 3.. Minggu depan ada pulak "Mock Call" (Call tipu2).. sebagai persediaan untuk jawab call yg betul, maka kami perlu diuji dulu sejauh mana kami mampu untuk menjawab dan mengawal situasi pelanggan.. Bergetar lutut, dada, tangan..semua2 la (dah macam Parkinson plak..huhu).. Harap2 kami semua dapat buat yang terbaik.. insyaAllah..
p/s: sorry dah lama tak update blog ni, penat training..tapi eifa akan cuba update bila free & ada idea..hehe =p