EiF@
Lokasi: Dapur rumah along
Masa: malam..tak ingat pukul berapa
Situasi: borak2 dengan kakak ipar sambil teman dia masak dinner



Sekadar buat renungan bersama, aku dan kakak iparku bercerita tentang mengapa dia dan abgku beriya-iya mengajakku menjaga anaknya di rumah ni..kerana dia tidak mahu apabila mereka dewasa, akibat dek terlalu lama duduk di rumah asuhan/nursery, anak2 dia akan melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa mereka..menghantar mereka ke 'nursery org dewasa', yang semestinya merupakan satu perkara yang menyedihkan buat ibu bapa kita..yang telah bersusah payah menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, namu dibalas dengan dihantar ke rumah orang2 tua, kerana tidak ada masa untuk menjaga mereka dek terlalu mementingkan harta dunia...


Tidakkah kita sedar, duit yang kita cari hanyalah harta di dunia, tetapi berbuat baik terhadap kedua orang tua kita akan mendapat balasan yang baik di akhirat..yang mana satu yang kita mahu kejarkan?


berbalik kepada cerita kakak aku tadi, dia menyatakan kerisauan dan kebimbangan beliau sekiranya dia dan abangku akan menerima nasib yang sebegitu..disebabkan itulah beliau kalau ada kesempatan dan peluang, dia akan cuba untuk memastikan anaknya menghabiskan banyak masa di rumah berbanding di nursery... kerana walaupun mereka bekerja untuk mencari rezeki dan mengumpul harta, namun tujuannya adalah demi masa depan anak-anak mereka juga..jadi janganlah disebabkan terlalu leka mengumpul harta, hingga anak2 terabai...apa gunanya harta bertimbun2 tapi anak2 merana kekurangan kasih sayang dari ibu bapa mereka?


kenapa agaknya tiba2 sahaja kakak ipar aku berasa bimbang? erm... kakak iparku pernah menghadiri satu kursus psychology di sebuah tempat peranginan yang terkenal di negara kita ni..anjuran satu badan kerajaan. Kursus ini dihadiri oleh pegawai2 tinggi kerajaan, pendek kata orang-orang yang berpelajaran tinggi dan berpangkat besar dalam kerajaan. motivator itu bertanya kepada mereka; "siapa yang setuju, orang-orang tua diletakkan di rumah orang2 tua?, sila langkah kehadapan..." Memeranjatkan, lebih dari separuh peserta kursus ke depan...maknanya?? anda pasti tahu apa maksudnya..


 
Itulah yang menimbulkan kerisauan di dalam hati seorang ibu...pabila kita sudah berjaya, berpangkat besar, akibat terlalu sibuk dengan urusan kerja..keluaraga, ibu bapa terabai...

Renung-renungkanlah.......
0 Responses

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket