EiF@
Erm, Ramadhan menjelma lagi tahun ini.. Alhamdulillah, sbg umat Islam ak bersyukur krna masih dpnjgkan umur dan kesempatan utk menikmati dan mnmbahkan amalan d bulan yg penuh barakah ini..


Spt kebiasaan, selepas berbuka puasa, pasti kebanyakan umat Islam akan mengambil kesempatan utk bersolat sunat terawih...maka penuhla surau2 dan masjid2 dbanjiri dgn umat Islam sepanjang bulan Ramadhan ini... aku juga tidak ketinggalan utk bersama2 memeriahkan majlis, maklum la..bulan yg dgalakkan utk kita mengumpul sbyk pahala yg boleh..berlipat ganda ganjarannya...


Mlm ini, aku berkesempatan utk menunaikan terawih d surau berhampiran... selesai 4 rakaat yg pertama, pak imam memberitahu makmum utk berhenti rehat seketika utk mmberi ruang kpd tazkirah yg akan dsmpaikan oleh pnceramah jmputan.. Agak terkejut juga makmum bila terdengar pengumuman itu, namun keadaan kmbali tenang pabila terfikir yg majlis ilmu memg bgs..memg sunnah nabi.. yg turut dihadiri oleh para malaikat..

Byk yg dperkatakan oleh Ustaz brkenaan... tentang solat sunat terawih, tahlil arwah, dll. Beliau bercerita mngenai sejarah solat sunat terawih ini yg dmulakan oleh Rasulullah S.A.W.. maka pabila para sahabat terlihat Rasulullah bersolat sunat terawih d masjid, maka bnda itu dperkatakan kpd shbt2 yg lain.. maka sejak sehari ke sehari bertambah ramailah umat Islam yg mngunjungi masjid utk bersolat terawih..shgga tibalah 1 mlm d mana Rasulullah tidak bersolat terawih d masjid krn bimbang umat Islam akan berfikir bhwa solat terawih itu adalah wajib.. di zaman itulah juga mereka memutuskan utk meilih seorg yg elok bacaannya utk mengimami solat sunat berkenaan...


Buat 8 atau 20 itu terpulang kpd individu itu sendiri...jgn bergaduh kerana solat terawih adalah sunat dlakukan, namun sekiranya terdapat perbalahan mgenai hal in di masjid, maka ianya mnjadi haram.. jd slpas solat isyak terus tutup masjid.. Nak buat smpai 800 rakaat pun boleh, krna memg tiada had bg solat sunat ini..

Beliau bercerita pula mngenai kematian..selepas kematian seseorg Islam itu, akan terputus la semua amalan kecuali 3 perkara, doa anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat serta sedekah jariah..

Menyentuh tentang sedekah jariah, beliau bercerita mngenai kenduri arwah.. sebenarnya, Islam menyuruh kita utk memberi makan kpd kelurag si mati, krna mereka sdg bersedih..tetapi dgn dunia skrg, kita tahu senario yg berlaku adlah sblknya.. bukan tidak boleh, cume kalau boleh buat alternatif lain yg lbh bermanfaat..maksudnya yg boleh membahagiakan si mati untuk tempoh yg lama.. misalnya, menyedekahkan duit kenduri arwah itu d surau atau masjid utk aircond, karpet dsbgnya dgn nama arwah..selagi bnda itu masih dgunakan, maka pahalanya akan sentiasa berterusan utk arwah..berbanding dgn knduri arwah yg pahalanya hnya setakat itu shja... sudahlah si anak sdg bersedih, sibuk uruskan jenazah..mlm pula sibuk uruskan kenduri..sedangkan kita sbg ahli keluarga yg spttnya bertahlil utk arwah..

Anak2 zaman skrg, tidak ramai yg tahu mcm mne utk menguruskan jenazah..kbyakan hanya tau mghantar d pintu masjid shj, tugas selanjutnya diswastakan kpd org len... Bg anak2 kecil pula, dihantar mngaji kpda org lain, sdgkan kita sendiri patut merebut peluang itu mengajar anak mngaji kerana setelah mrka pndai mngaji dan mngamalkan..pahalanya akan smpai kepada kita juga.. sama spt org yg memulakan sesuatu perkara yg baik, pabila mnjadi ikutan maka org yg memulakan itu akan turut mendpat ganjarannya..begitulah sblknya, skranya seseorg itu memulakan perkara yg mungkar, mnjdi ikutan makan slgi mana bnda itu msh diamalkn, dia akan turut brkgsi dosa..wpun  sudah menggal dunia..

Erm, sebenarnya byk lg yg dperkatakan oleh ustaz tersebut.. apa yg ak dpt, ingin ak kgsikan kpd kalian yg mmbaca... InsyaAllah, ada masa kita smbg lg.. Salam.


0 Responses

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket