EiF@
Assalamualaikum..

Eifa nak kongsikan percutian eifa ke Cherating, Pahang bersama keluarga tersayang pada 25-26 Dec 2015 (sempena cuti panjang-free..hehe)

Terdapat banyak chalet dan hotel berhampiran dengan pantai, boleh Google je yang mana yang berkenan dan sesuai dengan bajet. Eifa memilih chalet yang sederhana. Kerana ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarag..kikiki.. Eifa duduk di Payung Guest House http://www.payung-guesthouse.com/ (klik utk lihat gambar guest house tu). Memang tenang dan menarik, boleh jalan kaki je ke pantai, lebih kurang 3-5 minit. Depan chalet ada terdapat kedai makan untuk sarapan atau makan tengah hari. Boleh parking di area kedai itu juga. Harga berpatutan RM60-100, dengan owner Mat Salleh yg mesra pelanggan J. Namun jika mahukan lebih keselesaan, bolehlah book hotel or homestay J Bg eifa ok la tempat ni jika ingin bercuti sekadar 2hari 1 malam, Cuma malam kena jaga2 dengan nyamuk kerana belakang chalet ada sungai, dan keadaan persekitaran chalet yang dipenuhi pokok2 rimbun.

Eifa decide untuk bercusti 2 hari 1 malam sahaja, memandangkan eifa dah research dulu sebelum pergi, bagi eifa, yang menarik di Cherating;

1. Pantainya yang jernih dan bersih.

2. Makanan yang sedap – Satar, Otak2, keropok lekor dan ikan bakar.
Lokasi (waze) – Monica Bay @ Pantai Mok Nik. Banyak kedai2 di tepi jalan, yang popular Warung Aziz Satar, tapi kedai lain pun sedap jugak.. Sebab rasa ikan fresh & isinya tidak kering.

3. Turtle Sanctuary – untuk melihat penyu dan anak penyu.
Jika memang musim penyu bertelur, dapat la tengok dan lepaskan penyu ke laut. Masuk percuma, boleh derma ikhlas untuk penyu2 tu.
Lokasi (waze)- berdepan dengan Club Med. Boleh waze Club Med untuk tunjuk arah.

Eifa datang hujung tahun, memang bukan musim penyu naik ke darat, jadi dapat tengok penyu dalam kolam. Itupon dah teruja anak eifa tengok..hehe

Bercakap mengenai ikan bakar, yang popular di sana ialah Warung Awang Ikan Bakar (WAIB), namun jika masa cuti sekolah atau cuti umum memang penuh dan agak lambat untuk menunggu. Eifa pon tak dapat nak merasa sebab orang ramai dan kena tunggu lama.  Jadi kami makan di restoran selang 2 kedai je dari WAIB tu, yang tak kurang sedapnya, Pok Man Ikan Bakar. Ikan tak kira kilo, tapi kira seekor, Suami pilih ikan besar lengan RM30 je, murah sangat! Fresh pulak tu. Boleh waze je untuk tau lokasi kedai J


Sebelum balik, sempat singgah beli ole2 keropok lekor berdekatang dengan pintu gerbang sempadan ke Kemaman. Berlambak kedai tepi jalan, pilih je mana yang suka J


Sekian entry eifa untuk kali ini, jumpa lagi (^_^)v. Maaf tiada gambar, sebab hp problem tak boleh transfer gambar..hehe..daaa...

1Malaysia.. Saya anak Malaysia (^_^)

Photobucket